Wednesday, July 28, 2010

Suatu Permulaan, Lembaran Baru Kehidupan

~|| Assalamu’alaikum wbt ||~

Semalam adalah permulaan sebuah kisah, suatu sejarah yang besar buat saya dan amat penting untuk orang lain. Mungkin pernah bermimpi, tapi tak sangka ia menjadi sebuah realiti.
Persoalan yg selalu keluar,
Mampukah aku merealitikannya??  
Adakah sejarah yang gemilang atau suatu kenangan pahit yang akan dikenang??  
Tapi orang kata, "Universiti adalah tempat belajar, kutiplah sebanyak mungkin pengalaman di sana. Jangan takut sekiranya kita melakukan kesilapan, tapi belajarlah dari kesilapan itu kerana kita semua masih lagi pelajar. Tapi takutlah andai kata melakukan kesilapan semasa dah keluar dari universiti, kerana ketika itu kita bukan lagi pelajar tapi adalah orang dewasa".
Suka dengan kata-kata seorang hicom yg terpilih, "Walaupun saya sibuk dengan tugas lain, tapi bagus jugak kerana saya belum pernah pegang jawatan ini, mungkin saya dapat belajar benda baru daripada tugas ini".

InsyaAllah, walaupun sebelum ini hanya pernah menjadi AJK dan exco kecil, harapnya pengalaman itu banyak membantu, juga dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada semua, aku akan cuba untuk melakukan yang terbaik terutamanya buat PPSK dan jua USM.

~ Suatu permulaan sejarah, lembaran baru kehidupan ~

------------------------------ Sebagai Ingatan ------------------------------

Sejarah sentiasa tercipta setiap hari, tapi ramai orang tidak sedar. Sebenarnya masa yg berlalu itu adalah sejarah, kita tidak dapat kembali kepada masa itu. << Hargailah masa yg ada >>

Tapi sememangnya kita semua memang adalah pemimpin, setiap orang ada amanah masing-masing, kepada Allah, ibubapa, keluarga dan juga sebagai seorang pelajar. Walau sesibuk mana pun, jangan lupa kepada AMANAH yang lebih utama. << Utamakan yang lebih utama >>

Wassalamualaikum wbt.
Interesting Post
 
~MyHOME~ | ~MyFLICKR~ | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ~Mencari Erti Hidup :: Toward Felicity In Life~ |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net | This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates