Monday, November 29, 2010

TERBAIK | Hanya Untuk Yang Terbaik

~|| Bismillahirrahmanirrahim ||~
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Menjadi yang terbaik untuk dapat yang terbaik. Mulai edisi ini, catatan di blog ini bertemakan "TERBAIK". Ia sebagai peringatan buat diri dan juga sebagai perkongsian. Akan cuba diaplikasikan dalam setiap perkara, ibadah, akademik, ekonomi, hubungan, siasah, keluarga dll. Untuk dapat yang terbaik, ia perlu bermula dengan diri kita. Perubahan dari dalam diri (Inside out) lebih baik daripada perubahan yang dipaksa (outside in). Sekarang sedang berusaha untuk memperbaiki diri, semoga ia bermanfaat bukan sahaja diri sendiri, tapi juga kepada keluarga dan masyarakat.

~| Terkenang Zaman Kegemilangan Islam |~

 ~| Bentuk kekuatan, serlah potensi, terbaik segalanya |~

Sebagaimana dinyatakan dalam Al-Qur'an, sememangnya kita adalah umat terbaik.

Kamu umat Islam adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh melakukan yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Diantara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.” 
[Ali-imran:110]

Lakukan setiap perkara dan urusan dengan sebaik-baiknya. Kita sedar, kita punya banyak kelemahan tapi orang yg terbaik tidak menjadikan ia sebagai alasan, sentiasa perbaiki diri kita dan serlahkan potensi sebenar.

"Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu membuat sesuatu amalan (pekerjaan) ia lakukan dengan tekun (sentiasa memperbaiki dan mempertingkatkanya )"
( Al-Baihaki )

Wassalamualaikum wbt.

"Ya Allah, Kurniakan Kami Sebaik-baik Kejayaan Di Dunia & Kejayaan Hakiki Di Akhirat"
RamadanMN
Isnin | 29 November 2010 | 22 Zulhijjah 1431H
My Beloved Home


WiraSutra - Siapa Umat Terbaik
GentaRasa - Berubah Ke Arah Benar
EraMuslim - Kriteria Umat Terbaik
Azzariyat - Siapa Umat Terbaik
EraMuslim - Manusia Paling Bermanfaat

Friday, November 26, 2010

Blog Menarik | Penampilan Itu Penting

~|| Bismillahirrahmanirrahim ||~
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Sebelum ni, ada orang minta tolong ubah design blog, tapi sebab tiada masa kena tangguh dulu. Masa cuti ni baru berkesempatan nak buat. Jadi, ingin berkongsi pengetahuan yg saya tahu tentang blog, rugi kalu cuma pandai sorang-sorang. Diharap ia berguna kepada orang lain, manfaatkanlah ia untuk tambah kebaikan, bukan tambah saham dosa.

Antara website bagus untuk blogspot, penuh dengan template, tutorial dan tips:

Website 1


Website 2


# Antara template yg menarik ialah "3 column","Web 2.0", dll

Wassalamualaikum wbt.

"Carilah Kejayaan Cemerlang Di Dunia & Sebaik-baik Kejayaan Ialah Kejayaan Hakiki Di Akhirat"
RamadanMN
Jumaat, 26 November 2010
Desa Nurani USMKK

Muhasabah II | Cuti Semester

~|| Bismillahirrahmanirrahim ||~
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Setelah cuti bermula Isnin lepas, selama 4 hari ini rasanya masa yg berharga telah berlalu begitu saja. Setakat ini tiada perubahan dan tiada pencapaian yg boleh baik buat diriku. -_-"
Perlu muhasabah awal, bimbang jika dihujung cuti baru sedar. Waktu itu dah terlambat kerana perlu membahagi masa antara urusan peribadi dan akademik dll. Banyak benda nak dilakukan tapi jika tidak bermula sekarang akan menyesal di kemudian hari.

Keluar dengan sahabat, selepas bersembang seketika dia berkata, "Kamu ni perfectionist!". Bisu seketika.
Ada sebab mengapa dia berkata begitu dan tidak boleh dinyatakan disini, saya menerima kenyataan itu dan hakikatnya saya perlu berubah, secara sedikit demi sedikit pun ok.

 ~| Ingin terbang tinggi dan bebas |~

Perubahan itu bermula dengan diri sendiri. Orang lain tidak boleh mengubah kita.
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri" (Ar-Ra'd:11)
Matlamat aku masih jauh. Ia itu tidak akan tercapai jika aku tidak bermula hari ini.
"A journey a thousand miles begin with the first step" 
Tidak perlu merasa bimbang dan takut kepada kegagalan, tapi bimbanglah jika rugi dan tidak mendapat sebarang hasil. Dapat sikit lebih baik daripada tidak dapat apa-apa.
“Nobody makes a greater mistake than he who does nothing because he could only do a little”. [Edmund Burke]
Jadi, perbaiki lagi diri, jangan rasa stress dan putus asa. Ubah mana yg mampu, kata seorang motivator,
"Kalu hari ini kita berubah 1%, esok 1% dan begitu juga dengan hari seterusnya dengan mengekalkan setiap perubahan, maka 100 hari kemudian kita telah berubah sebanyak 100%" (100 perubahan berlaku berbanding dengan sifat asal)

Apa yang kena buat?

  1. Tetapkan matlamat yg jelas apa yg ingin dicapai dalam tempoh 1 bulan cuti (akademik,keluarga,ilmu,ekonomi,etc).
  2. Lakukan urusan yg melibatkan orang lain di siang hari, urusan peribadi pada waktu malam. 
  3. Tetapkan pencapaian untuk setiap hari (Rancang sebelum tidur, 1 pencapaian utama, 3 yg biasa).
  4. Berdoa khusus supaya menjadi lebih baik untuk diri dan orang lain dan istiqamah. 

~| Mencari kecemerlangan di dunia dan kejayaan hakiki di akhirat |~

Wassalamualaikum wbt.



Renungan - Perubahan Agenda Utama
Langkah Pertama Penentu Kejayaan
Perubahan Untuk Organisasi

Tuesday, November 23, 2010

Muhasabah | Akhir Semester

~|| Bismillahirrahmanirrahim ||~

Alhamdulillah, exam untuk semester 3 telah berakhir, maka bertemu kembali dengan cuti semester. Seperti semester lepas, bila start cuti baru ada catatan di blog ini, hehe~

Semester kali ni antara semester yg banyak peristiwa berlaku :
-Ketua Kelas utk Tahun 2
-Persatuan Sains Kesihatan 2010/2011
-Rakan Masjid 2010/2011
-Ahli Dewan Persidangan Pelajar (DPP)
-Etc (Sahabat, pensyarah, exam dll)

Bila terlibat dengan aktiviti/program, banyak kelebihan dan pengalaman yg saya dapat. Tapi ada juga kesan yg kurang baik terhadap akademik, kewangan, kesihatan dan sosial. Tapi, setiap perjuangan perlukan pengorbanan, ada ujian dan kebaikan disebalik setiap yg berlaku. Yang baik jadikan tauladan, kesilapan & kelemahan jadikan sempadan.

Cerita pasal pengajian, bila sampai musim exam, ramai pelajar menjadi berbeza. Kalau nak cerita bab belajar, memang ramai pelajar universiti ni yg suka study last minit. Dekat nak exam baru nak photostat nota, cari softcopy dan sebagainya. Ish3x. -_-"
Mengikut pemerhatian sepanjang berada di USM, terbit teori bagi pelajar universiti yg belajar mengikut sistem semester.


Penerangan:

  1. Awal Semester = Azam baru, semangat tinggi sikit. Tapi sekadar azam, tiada tindakan.
  2. Pertengahan Semester = Terlibat dgn program/aktiviti. Banyak tidak study, kalu study susah faham.
  3. Study Week = Kembali semangat, time ni la kumpul nota, hardcopy dan softcopy.
  4. Exam Week = Time ni la prestasi pelajar paling tinggi, cepat jer baca 1 nota, faham pun sekejap.
  5. Lepas Exam & Cuti = Enjoy cuti, tengok movie, travel etc. Buku jarang2 dah buka.
  6. Semester baru = Pasang azam & semangat baru. Tengok2, study last minit jugak -_-"

#Jika boleh baiki sikap dan kekalkan momentum tu selepas exam mesti baguskan, time cuti istiqamah jugak buka nota, baca sambil buat nota, semester depan mesti boleh dapat Dean List, hehe~

Cukup lah,sekarang adalah cuti, sambung cerita lain pulak. Cuti PPSK kali ni sebulan, bermula 25 Nov hingga 25 Dis 2010, tapi saya mula cuti awal sikit, 22 Nov. Tapi rugi jika masa tersebut berlalu begitu sahaja.

Jadi bila cuti dah bermula :

1) Muhasabah Diri
Inilah masa terbaik untuk menilai diri dan pencapaian kita mengenai tahap akademik, ibadah dan spiritual, hubungan dengan keluarga dan rakan, pencapaian diri, kewangan, kesihatan diri, aktiviti yg dijalankan dan sebagainya. Adakah matlamat tercapai? Adakah peranan dan tanggungjawab terlaksana??
PS: Kena perbaiki diri dan tingkatkan usaha supaya matlamat tercapai.

2) Rancang Masa Cuti
Masa untuk bersama keluarga dan rakan-rakan lama. Jadikan cuti ini sebagai satu platform untuk merapatkan hubungan silaturrahim dengan keluarga dan sanak saudara, serta berjumpa dengan sahabat-sahabat lama. Berkongsi dan bertukar cerita menarik sepanjang pengajian, melancong ke tempat-tempat menarik dan aktiviti lain yg bermanfaat.

3) Persediaan Untuk Semester Baru
Rancang kursus yg akan diambil, perbaiki pengurusan masa, meningkatkan teknik belajar berkesan seperti membuat nota, mindmap dan jangan lupa mengulangkaji subjek lepas terutama subjek teras. Bersedia dengan nota ringkas @ mindmap untuk membantu pengajian. mindmap dan nota ringkas penting untuk meningkatkan prestasi akademik semester akan datang dan tahun seterusnya.

4) Tingkatkan Ilmu & Pengetahuan
Banyakkan membaca bacaan tambahan seperti buku motivasi untuk pembangunan diri, buku agama seperti tafsir,hadis,sirah dan buku lain yang dapat memberi manfaat kepada diri, keluarga dan masyarakat. Dedahkan juga dengan isu-isu semasa, nasional dan global.
Sertailah bengkel dan program yang dijalankan disekitar kawasan anda atau lakukan aktiviti-aktiviti yang jarang kita lakukan. Luaskan pengalaman anda! Cuba timba ilmu sebanyak mungkin terutama ilmu yang tidak terdapat di dalam dewan kuliah bagi mengelakkan diri sekadar menjadi mahasiswa yang hanya tahu belajar tapi tidak berkemahiran.

5) Menjana Pendapatan
Wang penting dan perlu bagi memenuhi keperluan hidup dan pengajian. Dengan masa cuti yang panjang, baik juga sekiranya masa itu digunakan untuk bekerja dan menjana wang. Disambil menambah tabungan atau membantu keluarga, dapat menambah pengalaman dan kemahiran.


Last but not least, waktu cuti adalah waktu terbaik utk "Sharpen The Saw".(Habit #7)
Setakat ini sahaja buat masa ini, sekadar perkongsian. Moga sama-sama mendapat manfaat.

Wassalamualaikum wbt.
Interesting Post
 
~MyHOME~ | ~MyFLICKR~ | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ~Mencari Erti Hidup :: Toward Felicity In Life~ |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net | This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates