Friday, December 7, 2012

Video Montaj Siap 3 Jam

~|| Bismillahirrahmanirrahim ||~
Assalamu'alaikum wbt & Salam Sejahtera,

Baru-baru ni ada sahabat minta tolong untuk buat video montaj. Disebabkan mereka ada masalah dengan bahagian multimedia, maka mereka mencari saya untuk menyiapkan video ni. Alhamdulillah sempat disiap dalam masa yang singkat, lebih kurang 3 jam walaupun dah lama tak buat video :)


Video Montaj "English Fair 2012"


"Ya Allah, Pimpinlah Kami Dalam Setiap Urusan Kami Dgn PetunjukMu"
"Kami Mengharapkan Sebaik-baik Kejayaan Di Dunia & Di Akhirat" 
RamadanMN

Forum "Keluarga Bahagia Menuju Syurga"

~|| Bismillahirrahmanirrahim ||~
 Assalamu'alaikum wbt & Salam Sejahtera,

Alhamdulillah berkesempatan ke Forum "Keluarga Bahagia Menuju Syurga". Bersama Ustazah Norhafizah Musa & Ustaz Shamsuddin Abd. Rahman, di Istana Kelantan bersempena Sambutan 100 Tahun MAIK.

"Keluarga Bahagia"

Antara perkara penting yang penulis dapat:

  • Seseorang lelaki menikahi perempuan dan menerima daripada walinya melalui kalimah dan jaminan Allah. Maka sebenarnya ia adalah janji seorang suami kepada Allah untuk menjaga isterinya.
  • Selalu berdoa dengan doa, "Rabbana hablana min azwaajina qurrata'ayyun waja'alna lil muttaqiina imaama"
  • Contohi segala apa yang Rasulullah SAW dan sahabat Baginda lakukan dalam berumahtangga.
  • Mesti ada matlamat berumahtangga untuk MENCARI REDHA ALLAH. Jika ada salah silap, masing-masing akan berlumba-lumba untuk menyelesaikan masalah dan bermaafan.
  • Sangat penting dalam memastikan ahli keluarga mengerjakan solat.
  • Sentiasa muhasabah keluarga (perhubungan, ibadah, dll) setiap 3 bulan/ 6 bulan/ setahun sekali.
  • Apa yang penting, kedua-dua pasangan mestilah ada ilmu dan sentiasa menambah ilmu sepanjang berumahtangga kerana ilmu sangat berguna untuk membina kebahagiaan dan menyelesaikan masalah.


Wallahu'alam.

"Ya Allah, Pimpinlah Kami Dalam Setiap Urusan Kami Dgn PetunjukMu"
"Kami Mengharapkan Sebaik-baik Kejayaan Di Dunia & Di Akhirat" 
RamadanMN
Jumaat | 7 Disember 2012 | 23 Muharram 1434H
:: Desa Nurani, USMKK ::

Monday, December 3, 2012

Hijrah Untuk Jadi Mukmin Yang Lebih Baik

~|| Bismillahirrahmanirrahim ||~
Assalamu'alaikum wbt & Salam Sejahtera,

Sempena Hijrah & Muharram tahun ini, saya mula berfikir untuk berubah untuk jadi lebih baik. Terfikir untuk baca semula buku yg telah dibeli beberapa tahun lepas. Sebuah buku yg hebat & bermakna daripada Dr Fadzilah Kamsah & Ahmad Fadzli Yusof, iaitu buku "Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah".

Fikirlah hijrah untuk berubah.

Cuba mengambil manfaat sebaiknya moga ia memberi banyak kebaikan pada diri sendiri dan juga berharap supaya orang lain juga mendapat manfaat daripadanya. Menulis ringkasan apa yang dibaca dan difahami, berusaha untuk amalkannya dan kemudian kongsi dengan sahabat.

Berdoa, fikir, usaha dan bertawakkal.

Wallahu'alam.



"Ya Allah, Pimpinlah Kami Dalam Setiap Urusan Kami Dgn PetunjukMu"
"Kami Mengharapkan Sebaik-baik Kejayaan Di Dunia & Di Akhirat" 
RamadanMN
Isnin | 30 Disember 2012 | 19 Muharram 1434H
:: Desa Nurani, USMKK ::
Interesting Post
 
~MyHOME~ | ~MyFLICKR~ | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ~Mencari Erti Hidup :: Toward Felicity In Life~ |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net | This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates