Friday, June 4, 2010

Israel mengganas lagi, apakah rancangan di sebaliknya?

~|| Assalamu’alaikum wbt ||~

Baru-baru ini, 31 Mei 2010, tentera Israel telah menyerang Kapal Mavi Marmara. Kapal yg disertai oleh sukarelawan kemanusiaan itu yg hanya membawa bantuan kemanusiaan seperti ubat-ubatan, makanan, minyak dan sebagainya untuk warga Palestin. Tapi itulah Israel, bangsa yg merasakan mereka adalah paling mulia di dunia, menganggap nyawa orang lain tiada harga, terus menyerang sesiapa sahaja dan tidak takut kepada sesiapa.


Israel Sedang Merancang Sesuatu?

Seperti mana semua orang sedia maklum, bangsa Yahudi merupakan bangsa yg genius dan bijak, hal ini menyebabkan saya terfikir adakah kejadian ini adalah dirancang sebegitu? Jika difikirkan, tindakan yg dilakukan mereka itu adalah suatu tindakan salah kerana hal ini boleh meningkatkan kemarahan umat Islam seluruh dunia, juga menjejaskan hubungan dengan negara-negara berkaitan seterusnya boleh menjejaskan ekonomi mereka. Tapi itu mungkin bagi kita, hakikat sebenar mungkin mereka sedang merancang sesuatu yg lebih besar dan zalim.

Kebangkitan dan Kesatuan Umat Islam

Mungkin juga peristiwa kali ini adalah suatu kejadian luar jangka, di mana rancangan asal mereka bukan adalah begitu. Tentera Israel tidak dapat mengawal keadaan di atas kapal tersebut menyebabkan telah berlaku kematian dan kecederaan. Lebih-lebih lagi mereka adalah petugas kemanusiaan dari pelbagai negara dan tidak bersenjata. Hal ini dengan jelas telah menjadi sebab utama masyarakat dunia terutamanya umat Islam marah terhadap kematian tersebut. Umat Islam di seluruh dunia telah bangkit dan bersatu menentang Israel Zionis. Insyaallah, mudah-mudahan kejadian yg berlaku ini ada hikmahnya.

Tindakan Kita Sebagai Umat Islam

Jom tingkatkan kepedulian kita mahasiswa terhadap perkara ini, lebih-lebih lagi dengan kejadian seumpama ini. Seharusnya perasaan seperti sedih, marah, geram dan seumpamanya perlu timbul dalam diri kita kerana mereka yg terlibat dalam peristiwa ini kebanyakannya adalah orang Islam yg ingin membantu orang Islam di Palestin.

"Bandingan orang-orang mukmin dalam kasih-sayang, kasihan dan simpati sama seperti satu jasad. Apabila satu anggota merasa sakit, maka seluruh anggota lain turut berjaga malam dan demam" (Riwayat Muslim)
Mungkin kita tiada kuasa untuk mengubah dengan tangan, tapi kita harus ingat, kekuatan orang Islam bukan semata-mata kepada kekuatan fizikal dan politik, kita masih ada kekuatan lain iaitu DOA terutama sekali Qunut Nazilah, mudah-mudahan segala rancangan mereka tidak berjaya dan mereka hancur disebabkan rancangan mereka sendiri.
“Barangsiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya. Andai tiada keupayaan, maka lakukan dengan lisannya. Andai tiada juga keupayaan, maka lakukan ia dengan hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman” “ Muttafaq ‘alayh
Bagi yg berkuasa, pemimpin-pemimpin negara Islam, mereka seharusnya lebih proaktif dalam menangani isu ini, bukan hanya sekadar mengutuk dan mengecam seperti rakyat biasa. Mereka perlu merangka pelan tindakan yg boleh dilakukan dan mampu untuk menjadikan Israel lemah. Dengan kekuatan umat Islam pada hari ini yg ramai dan hasil bumi yg banyak, sepatutnya tindakan itu bukan seperti cubitan bagi Israel. Umat Islam bukan tiada pemimpin dan tokoh-tokoh pemikir yang hebat, duduklah bermesyuarat dan lakukan tindakan segera. Jangan hanya memikirkan tentang diri, keluarga dan negara sendiri.
“Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas yang terdiri daripada kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! keluarkanlah kami dari negeri ini, yang penduduknya zalim, dan jadikanlah bagi kami daripada pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh). Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan taghut (pelampau). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah”. (Surah al-Nisa, ayat 75-76).


Bertindaklah Biarpun Sedikit, Tapi Berterusan

Teringat sebuah kisah, mengenai seekor burung yg cuba memadamkan api yg besar, ia cuma menggunakan paruhnya untuk membawa air tersebut. Walaupun ia tahu perbuatannya itu tidak akan dapat memadamkan api tersebut, tapi sekurang-kurangnya ia telah berusaha dengan gigih. Kisah ini berlaku ke atas Nabi Ibrahim ketika dia dibakar. Wallahu'alam.

Untuk saudara kita, lakukan apa jua tindakan, walaupun kecil hakikatnya Allah jua yg tahu. Sesungguhnya Allah melihat kepada usaha hamba-hamba-Nya, tidak kira kecil atau besar, dan usaha yg baik yg berterusan adalah lebih baik dari usaha yg sementara dan Dia-lah yang Maha Mengetahui.

Wassalamualaikum wbt.

Berita & Artikel Berkaitan:
Life Line 4 Gaza
Map 2 Street
Saifulislam.Com~Palestin Dan Orientalisma
Ust Zaharuddin - Pengganas Yahudi Zionis Menyerang Lagi!
Farid Rashidi - Lanun Zionis Menyerang Kapal LL4G
Farid Rashidi~Mari Sebarkan Salam Sebelum Berperang
Malaysia Harmoni - Berita Mengenai Keganasan Israel

RamadanMN
4 Jun 2010
Desasiswa Nurani, Kampus Kesihatan USM
Interesting Post
 
~MyHOME~ | ~MyFLICKR~ | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ~Mencari Erti Hidup :: Toward Felicity In Life~ |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net | This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates