Saturday, April 2, 2011

Waktu-waktu Yang Sukar - Bersabar, Bersolat & Berdoa

~|| Bismillahirrahmanirrahim ||~
Assalamu'alaikum wbt & Salam Sejahtera,

Inilah Kehidupan
Sememangnya hidup ini kita sentiasa diuji, sama ada dengan kebaikan atau sebaliknya. Itulah ketentuan Ilahi sejak dari azali, sememangnya setiap kejadian diciptakan berpasangan, lelaki-perempuan, gembira-sedih, bahagia-sengsara, dunia-akhirat dan syurga-neraka. Hanya Allah sahaja yg Maha Esa.

Mengikut satu kata-kata, hanya kehidupan di akhirat manusia akan beroleh kebahagiaan berkekalan tanpa diuji dengan kesedihan lagi. Tapi itu andai kita mendapat keredhaan Allah, jika tidak akan mendapat azab neraka yang amat pedih dan menyeksakan selama-lamanya. Na'uzubillah.



Mencari
Kesabaran Dan Kekuatan
Keadaan ini amat melemaskan dan membebankan. Hati bagaikan hilang, ibadah mungkin terabai, persahabatan juga sedikit terjejas. Sememangnya kekuatan itu hanya dari Allah, teruskan berdoa dan memohon kepadaNya setiap masa. Ini waktu kesabaran itu diuji, sejauh mana mampu mengaplikasikan sabar dalam tindakan, bukan sekadar kata-kata.

"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk, (iaitu) mereka yang yakin bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya. 
(Al-Baqarah,2 : 45-46)

Selain itu, sesungguhnya Al-Qur'an mampu memberi ketenangan kepada manusia. Doa juga penting kerana ia adalah senjata orang mukmin, hanya kepada Allah kita mampu mengharap dan memohon pertolongan. Ia menjadi perantara antara hamba dengan Tuhannya.

“Jika kamu ingin Allah ‘bercakap’ denganmu, bacalah Al-Quran kerana Al-Quran ialah ayat ayat Allah yang ditujukan kepadamu.  Tetapi jika kamu pula ingin ‘bercakap’ dengan Allah, maka dirikanlah solat kerana solat hakikatnya ialah doa, pengaduan, pujian dan rintihan seorang hamba kepada Allah”.
~Al-Hakim~

“Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!”
~Imam Ghazali~

Info : Carilah Hati Mu, Soal Hati


Hakikat Ketenangan
Ketenangan itu lahir dari dalam diri. Walaupun begitu, ia memerlukan faktor luaran bagi membantu mencapai ketenangan. Tika inilah teringat dengan IBU dan pulang menziarahinya. Sememang ketenangan itu memang hadir ketika melihat wajahnya. Subhanallah, patutlah ada hadis yang menyatakan bahawa melihat wajah ibu  itu mendapat pahala.

"Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapanya, ibunya mengandungkannya dengan susah payah, melahirkan dengan susah payah pula. Masa mengandungkannya, sampai menyusukan selama 30 bulan, sehingga dia dewasa dan umurnya mencapai 40 tahun, dia berdoa : 
"Wahai Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kedua ibubapaku dan agar aku dapat membuat kebajikan yang Engkau redhai, dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. Sesungguhnya, aku bertaubat kepada Engkau, dan aku termasuk orang yang berserah diri."
 (Al-Ahqaf, 46 : 15)




Kifarah Dosa
Teringat kata-kata seorang junior, setiap ujian itu adalah sebagai kifarah atas dosa-dosanya yang lalu. Itulah prinsipnya dan ia menjadi kekuatan baginya dikala menghadapi ujian.
Thanks kepada dia atas perkongsian ini, hehe~


Koleksi Gambar 
A picture is worth a thousand words



































Artikel Menarik
Rahmat Ujian Allah
Ujian Dunia Tidak Lama - Ust Zahazan
Bersabar dan Yakin Dengan Cinta Kepada Allah
Sabar dan tahapnya
Doa ketika menghadapi Ujian
Cerita tentang Sabar
Kenapa Kita Diuji? Tahap2 Ujian


PS: Moga artikel ini boleh memberi kekuatan di masa akan datang.
Inilah waktu yang amat sukar bagi ku, moga diberi kekuatan dan sentiasa dalam pimpinanNya.

Wallahu'alam.

"Ya Allah, Pimpinlah Kami Dalam Setiap Urusan Kami Dgn PetunjukMu"
"Kami Mengharapkan Sebaik-baik Kejayaan Di Dunia & Di Akhirat" 
RamadanMN
Sabtu | 2 April 2011 | 28 Rabi'ul Akhir 1432H
:: Nurani 012, USMKK ::
Interesting Post
 
~MyHOME~ | ~MyFLICKR~ | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ~Mencari Erti Hidup :: Toward Felicity In Life~ |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net | This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates