Saturday, August 21, 2010

JOM BERTADARUS AL-QUR'AN ~!

~|| Assalamu’alaikum wbt ||~




:: JOM BERTADARUS DI BULAN RAMADHAN ::

Kelebihan-kelebihan:
1-“Orang yang mahir dengan al-Quran akan bersama dengan malaikat yang mulia dan setia. Sementara orang yang membaca al-Quran dengan terpaksa bersusah-payah akan mendapat dua ganjaran. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

2-“Al-Quran ini adalah hidangan Allah. Oleh itu hadaplah hidangan Allah ini sepuas hati kamu. Al-Quran ini adalah tali Allah (cahaya yang menjadi petunjuk), cahaya yang terang dan ubat yang mujarab, pengawal bagi orang yang berpegang dengannya, penyelamat bagi orang yang mengikutinya, sesiapa yang tersesat akan dipandunya, sesiapa yang menyimpang akan dibetulkan, keajaibannya tidak berhenti, keagungan dan kemanisan bacaannya tidak akan terjejas walau sekerap mana sekalipun dijulang. Bacalah kerana Allah akan memberikan kamu ganjaran jika kamu membacanya setiap satu huruf 10 ganjaran. Saya tidak katakan Alif Laam Miim sebagai satu huruf tetapi Alif (satu huruf), Laam (satu huruf) dan Miim (satu huruf)”. (Riwayat al-Hakim)

3-“Sesiapa yang mendengar sepotong ayat kitab Allah akan dituliskan untuknya ganjaran yang berlipat ganda. Sesiapa yang membacanya dia akan memperoleh cahaya di hari kiamat”

4-“Seseorang yang tidak ada sebahagian pun al-Quran di dalam hatinya adalah seumpama rumah yang ditinggalkan (kosong)”.

5-"Firman Allah SWT dalam hadis Qudsi, siapa yang disibukkannya oleh al-Quran daripada memohon kepadaku, nescaya aku kurniakannya yang lebih afdal daripada yang aku kurniakan kepada orang yang meminta. Dan kelebihan kalam Allah SWT
berbanding dengan semua kalam sama seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya."

6-As-Syahid Hasan Al-Banna : “Al-Quran adalah sebuah perlembagaan yang lengkap merangkumi seluruh hukum Islam. Al-Quran adalah sumber yang mencurahkan segala kebaikan dan ilmu di dalam hati yang beriman. Al-Quran adalah alat yang terbaik untuk para ahli ibadat mendekatkan diri kepada Allah dengan cara membacanya.”

MARILAH KITA MEREBUT GANJARAN YG DITAWARKAN OLEH ALLAH INI, MOGA KITA TERMASUK DALAM GOLONGAN BERUNTUNG DI DUNIA & AKHIRAT ~!

SUMBER:
http://nurjeehan.hadithuna.com/2007/09/tadarus-al-quran/

Wassalamualaikum wbt.
Interesting Post
 
~MyHOME~ | ~MyFLICKR~ | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ~Mencari Erti Hidup :: Toward Felicity In Life~ |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net | This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates