Saturday, April 2, 2011

Waktu-waktu Yang Sukar - Bersabar, Bersolat & Berdoa

~|| Bismillahirrahmanirrahim ||~
Assalamu'alaikum wbt & Salam Sejahtera,

Inilah Kehidupan
Sememangnya hidup ini kita sentiasa diuji, sama ada dengan kebaikan atau sebaliknya. Itulah ketentuan Ilahi sejak dari azali, sememangnya setiap kejadian diciptakan berpasangan, lelaki-perempuan, gembira-sedih, bahagia-sengsara, dunia-akhirat dan syurga-neraka. Hanya Allah sahaja yg Maha Esa.

Mengikut satu kata-kata, hanya kehidupan di akhirat manusia akan beroleh kebahagiaan berkekalan tanpa diuji dengan kesedihan lagi. Tapi itu andai kita mendapat keredhaan Allah, jika tidak akan mendapat azab neraka yang amat pedih dan menyeksakan selama-lamanya. Na'uzubillah.



Mencari
Kesabaran Dan Kekuatan
Keadaan ini amat melemaskan dan membebankan. Hati bagaikan hilang, ibadah mungkin terabai, persahabatan juga sedikit terjejas. Sememangnya kekuatan itu hanya dari Allah, teruskan berdoa dan memohon kepadaNya setiap masa. Ini waktu kesabaran itu diuji, sejauh mana mampu mengaplikasikan sabar dalam tindakan, bukan sekadar kata-kata.

"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk, (iaitu) mereka yang yakin bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya. 
(Al-Baqarah,2 : 45-46)

Selain itu, sesungguhnya Al-Qur'an mampu memberi ketenangan kepada manusia. Doa juga penting kerana ia adalah senjata orang mukmin, hanya kepada Allah kita mampu mengharap dan memohon pertolongan. Ia menjadi perantara antara hamba dengan Tuhannya.

“Jika kamu ingin Allah ‘bercakap’ denganmu, bacalah Al-Quran kerana Al-Quran ialah ayat ayat Allah yang ditujukan kepadamu.  Tetapi jika kamu pula ingin ‘bercakap’ dengan Allah, maka dirikanlah solat kerana solat hakikatnya ialah doa, pengaduan, pujian dan rintihan seorang hamba kepada Allah”.
~Al-Hakim~

“Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!”
~Imam Ghazali~

Info : Carilah Hati Mu, Soal Hati


Hakikat Ketenangan
Ketenangan itu lahir dari dalam diri. Walaupun begitu, ia memerlukan faktor luaran bagi membantu mencapai ketenangan. Tika inilah teringat dengan IBU dan pulang menziarahinya. Sememang ketenangan itu memang hadir ketika melihat wajahnya. Subhanallah, patutlah ada hadis yang menyatakan bahawa melihat wajah ibu  itu mendapat pahala.

"Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapanya, ibunya mengandungkannya dengan susah payah, melahirkan dengan susah payah pula. Masa mengandungkannya, sampai menyusukan selama 30 bulan, sehingga dia dewasa dan umurnya mencapai 40 tahun, dia berdoa : 
"Wahai Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kedua ibubapaku dan agar aku dapat membuat kebajikan yang Engkau redhai, dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. Sesungguhnya, aku bertaubat kepada Engkau, dan aku termasuk orang yang berserah diri."
 (Al-Ahqaf, 46 : 15)




Kifarah Dosa
Teringat kata-kata seorang junior, setiap ujian itu adalah sebagai kifarah atas dosa-dosanya yang lalu. Itulah prinsipnya dan ia menjadi kekuatan baginya dikala menghadapi ujian.
Thanks kepada dia atas perkongsian ini, hehe~


Koleksi Gambar 
A picture is worth a thousand words



































Artikel Menarik
Rahmat Ujian Allah
Ujian Dunia Tidak Lama - Ust Zahazan
Bersabar dan Yakin Dengan Cinta Kepada Allah
Sabar dan tahapnya
Doa ketika menghadapi Ujian
Cerita tentang Sabar
Kenapa Kita Diuji? Tahap2 Ujian


PS: Moga artikel ini boleh memberi kekuatan di masa akan datang.
Inilah waktu yang amat sukar bagi ku, moga diberi kekuatan dan sentiasa dalam pimpinanNya.

Wallahu'alam.

"Ya Allah, Pimpinlah Kami Dalam Setiap Urusan Kami Dgn PetunjukMu"
"Kami Mengharapkan Sebaik-baik Kejayaan Di Dunia & Di Akhirat" 
RamadanMN
Sabtu | 2 April 2011 | 28 Rabi'ul Akhir 1432H
:: Nurani 012, USMKK ::

Wednesday, March 30, 2011

Dont be too rigid

~|| Bismillahirrahmanirrahim ||~

Baru habis OSPE utk 2 subjek GTJ207 dan GTJ211, huhu...
Tapi rasanya tak perform sangat, salah satu sebab ialah mungkin tak cukup practice.
Tapi bukan tu sebab utama, rasanya walaupun kurang practice tapi masih boleh perform lagi.

Bila kena kaunseling dengan pensyarah baru tau apa yang kurang...
"Ospe bukan sekadar ingin menguji kemahiran, tapi juga untuk menguji cara berfikir dan pengurusan".
"Ramai yg dapat jawab tapi ramai tak sempat jawab semua, sebab terlalu rigid..."
Terkesima di situ~!

Pengajaran:
1-Kena rajin-rajin lagi practice :)
2-Jangan terlampau rigid, jangan sempitkan pemikiran dan tindakan dengan soalan.
3-Lama betul kena quarantine, lain kali kena bawa buku dan makanan, huhu...

ps:
Fikirkan something yg boleh inspire diri dan mulakan langkah utk cemerlang, masih ada masa~! 

Inspirasi yg bagus.... -_-"

Wallahu'alam.

"Ya Allah, Pimpinlah Kami Dalam Setiap Urusan Kami Dgn PetunjukMu"
"Kami Mengharapkan Sebaik-baik Kejayaan Di Dunia & Di Akhirat" 
RamadanMN
Rabu | 30 Mac 2011 | 25 Rabi'ul Akhir 1432H
:: Desa Nurani, USMKK ::

Thursday, March 10, 2011

Habit #2 : Begin With The End In Mind

~|| Bismillahirrahmanirrahim ||~
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

MASIHKAH INGAT KISAH INI ?

Ada satu kisah zaman Rasulullah SAW, baginda lalu di kawasan perkuburan umat Islam.

Baginda terdengar rintihan seorang ahli kubur, memohon pada Allah SWT untuk dikembalikan ke dunia walau hanya sesaat agar ia boleh bertaubat dan menyebut kalimah Allah tetapi Allah tidak memakbulkan rintihannya itu. 
Masa sesaat itu sungguh bermakna bagi insan-insan yang telah kembali ke pangkuan Allah untuk menyesal dan bertaubat atas segala perbuatan dosa dan maksiat di dunia.

Saat dibangkitkan di padang mahsyar dan saat disaksikan segala amal perbuatan di dunia, lalu ditimbang dosa pahalanya, maka tetaplah bagi seseorang itu sama ada Syurga atau Neraka. Tatkala itu tidak guna lagi segala rintihan, tidak bermakna lagi segala penyesalan.

PENYESALAN AZAB DI NERAKA

Terngiang bacaan imam ketika solat subuh di suatu pagi Jumaat...


"Dan alangkah ngerinya, jika sekiranya kamu melihat orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, mereka berkata "Ya Allah, kami telah melihat dan kami telah mendengar, maka kembalikanlah kami ke dunia, kami akan mengerjakan amal soleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin. (As-Sajdah : 12)

"Dan kalau kami mengkehendaki nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap jiwa petunjuk baginya, akan tetapi telah ditetapkan perkataan ketetapan daripadaKu, "Pasti akan Aku penuhi neraka Jahannam itu dengan jin dan manusia bersama-sama. Maka rasakanlah olehmu azab ini disebabkan kamu melupakan pertemuan dengan harimu ini (hari kiamat) sesungguhnya Kami pun melalaikan kamu dan rasakanlah azab yang kekal, atas apa yang telah kamu kerjakan"(As-Sajdah:13-14)


Allah sudah menyediakan balasan baqa', balasan kekal buat hamba2 Nya yang ingkar arahan dan suruhanNya. Ada balasan dan azab yang telah Allah turunkan ketika di dunia lagi, itu semua peringatan buat kita agar kita sedar dan kembali ke pangkuan Allah. Tetapi amat rugi manusia itu, jika segala azab, segala bencana yang berlaku di sekeliling langsung tidak diambil peduli, langsung tidak diambil pengajarannya.

KENIKMATAN DI SYURGA

"Sesungguhnya orang-orang beriman kepada ayat-ayat Kami adalah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat kami, mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhannya, sedang mereka tidak menyombong diri. Mereka merenggangkan diri jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan penuh harap dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada mereka" (As-Sajdah:15-16)


Maka bergentarlah hati mereka apabila mendengar ayat-ayat Allah, takut dosa yang pasti dicatit jika ingkar segala suruhan Allah itu.

DOSA-PAHALA SERTA SYURGA-NERAKA ITU AMAT JELAS.

Memohonlah pada Allah dengan penuh rendah diri dan bersungguh-sungguh. Takut-takut amalan yang telah dilakukan selama ini sia-sia dan tidak diterima oleh Allah disebabkan terpesong dari niat asal.

Damailah wahai hati andai hatimu gentar takut jika mendengar ayat-ayat Allah tersebut.
Bukti hatimu masih hidup dengan siraman ayat Al-Quran.

Allah menjanjikan ganjaran yang terbaik buat hambanya yang beriman beramal soleh iaitu Syurga yang Kekal Abadi. Insyaallah.

Teringat perbahasan yang melibatkan kita sewenang-wenangnya cakap "Orang itu masuk syurga , orang itu masuk neraka". Sifirnya mudah,
Yang banyak buat dosa, Allah janjikan neraka untuknya,
Yang banyak buat pahala, Allah janjikan Syurga untuknya,
Kita yang menentukan untuk kehidupan kelak kekal abadi.



KITA MASIH HIDUP DAN BERNAFAS
KITA MASIH ADA MASA DAN PELUANG, BUATLAH PILIHAN~!

MENYESAL SEKARANG ATAU KEMUDIAN???

Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah kembali ke rahmatullah..Semoga mereka ditempatkan bersama-sama golongan soleh.
"Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhirati hasanah wa qina 'aza bannar"

Wallahu'alam.


"Ya Allah, Pimpinlah Kami Dalam Setiap Urusan Kami"
"Kami Mengharapkan KeredhaanMu, Kebahagiaan & Kejayaan 
Di Dunia dan Akhirat" 
RamadanMN
Khamis | 10 Mac 2011 | 5 Rabi'ul Akhir 1432H
:: Desa Nurani, USMKK ::

Saturday, February 12, 2011

Hadis & Kata-kata Mutiara

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

” Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya.”(HR Bukhari&Muslim)



Huraiannya:

Islam mahukan masyarakat yang bersatu padu dan perpaduan yang demikian tidak akan wujud melainkan dengan adanya perhubungan yang baik yang menghubungkan orang-orang perseorangan antara satu dengan yang lain dan menghubungkan mereka dengan masyarakat seluruhnya!

Sebaik-baik asas yang menjamin keselamatan dan kemajuan bagi masyarakat dan menjamin kehidupan yang aman bahagia - ialah: "Hendaklah tiap-tiap seseorang dari mereka sukakan kebaikan bagi orang lain sebagaimana ia menyukainya bagi dirinya sendiri."

Ada di antara manusia yang sukakan dirinya sahaja dan tidak memikirkan orang yang menderita sakit pening, kemiskinan dan duka nestapa.

Jenis manusia yang demikian tidak mengakui persahabatan pertalian kaum kerabat dan maruah kecuali jika ia ada mempunyai sesuatu faedah disebaliknya.

Kebaikan pada pandangannya ialah yang membawa faedah kepadanya walaupun faedah itu haram; dan kejahatan pada pandangannya ialah perkara yang menyebabkan dia mengeluarkan tenaga dan harta benda, sekalipun perkara itu mendatangkan faedah kepada anak-anak watannya, atau sahabat-sahabatnya atau pun kaum kerabatnya.

Ada kalanya dia bertambah perasaan tamak halobanya, sehingga dia memandang dirinya sahajalah yang berhak mendapat kebaikan dan orang lain tidak berhak mendapat sesuatu pun, lalu dia berusaha untuk mendapat segala-galanya, sekalipun benda-benda itu dari harta benda orang-orang miskin dan makanan orang-orang yang dhaif lemah.

Jenis manusia ini, yang hidup untuk kepentingan dirinya semata-mata dimurkai Allah Taala, dibenci oleh Islam dan disifatkan akhlaknya yang demikian, terkeluar dan dasar Islam.

Ada pun jenis manusia yang dikasihi Allah dan diredhai oleh masyarakat - ialah orang yang hidup untuk dirinya dan untuk orang lain dan sentiasa memikirkan kebaikan umat manusia sebagaimana ia memikirkan kebaikan dirinya sendiri, kerana sikap yang demikian adalah dari iman yang sempurna.

Cinta kasih kepada umat manusia yang tidak memusuhi Islam dan pelaksanaan tanggungjawab terhadapnya - itulah yang menguatkan perhubungan sesama manusia sekalipun berlainan bangsa dan agama dan itulah jua yang menghapuskan banyak di antara kejahatan-kejahatan dan perbuatan yang durjana.

Seseorang yang mengikat perhubungannya dengan orang lain berdasarkan asas yang tersebut ialah orang yang bersih suci hatinya dan segala sifat yang keji, seperti hasad dengki, dendam kesumat, sombong angkuh dan sebagainya. Orang itu ialah juga orang yang waras fikiran dan kesedarannya, serta menjadi anggota masyarakat yang baik dan berguna.



"Ya Allah, Kurniakan Kami Sebaik-baik Kejayaan Di Dunia & Kejayaan Hakiki Di Akhirat"
RamadanMN 
Sabtu | 12 Februari 2011 | 9 Rabiul Awal :: DN 012,USMKK ::

Thursday, December 9, 2010

Facebook | Diari & Kenangan Hidup

~|| Bismillahirrahmanirrahim ||
~Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Sebelum ni ada terfikir nak beli diari dan tulis apa saja tentang peristiwa yg berlaku sepanjang menjadi pelajar terutamanya. Tapi bila terfikir sebelum ni dah pernah beli dan hanya muka surat awal saja yg bertulisan, hehe~

Baru-baru ni ada kawan minta buat group utk program seminar, time explore group dan settingnya, dapat idea nak jadikan "group facebook" sebagai diary. Group ini hanya boleh diaccess oleh saya saja sebab dah ubah setting jadi secret ;)

~Catatan Kehidupan~

Kepentingan:

  • Idea, Plan etc
  • Perjalanan kehidupan lebih tersusun
  • Berhutang & memberi hutang
  • Muhasabah diri (Baiki kelemahan diri, improve skill)
  • Banyak lagi, fikir sendiri....



Kelebihan:
  • Selalu online
  • Boleh masuk gambar, link, video, etc
  • Tak perlu keluar duit

Kekurangan:
  • Kurang feeling
  • Orang lain terbaca

Ok, kongsi sedikit tutorial:

  1. Login Facebook guna akaun sendiri
  2. Create group (sebelah kiri halaman facebook)
  3. Tulis group name
  4. Invite member (wajib invite orang lain utk create group, lepas siap group remove semula)
  5. Privacy = secret :)
  6. Langkah seterusnya....Selamat menulis diari anda~!


Wassalamualaikum wbt.

"Ya Allah, Kurniakan Kami Sebaik-baik Kejayaan Di Dunia & Kejayaan Hakiki Di Akhirat"
RamadanMN
Rabu | 9 Disember 2010 | 3 Muharram 1432H 
:: My Beloved Home ::

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah 1432H

~|| Bismillahirrahmanirrahim ||~
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera 

Salam Maal Hijrah 1432H
"Kullu 'am wa antum bi khair"
Semoga tahun ini kamu semua berada dalam kebaikan dan keredhaanNya

~Semoga Tahun Ini Lebih Cemerlang & Terbaik Daripada Tahun Lepas~

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs, Umar bin al-Khattab r.a katanya: "Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."

Dari Abu Umamah r.a., katanya: "Seorang lelaki telah datang mengadap Rasulullah s.a.w., lalu bertanya: "Ya Rasulullah!  Bagaimana hukum seseorang yang pergi berperang untuk mencari pahala dan nama yang terpuji,  apa yang akan didapatinya?" Maka Rasulullah s.a.w. (menyatakan kepadanya dengan) bersabda: "Orang itu tidak beroleh sebarang pahala"; Si penanya mengulangi pertanyaannya tiga kali dan Rasulullah s.a.w. pula tetap menjawab: "Orang itu tidak beroleh sebarang pahala"; akhirnya Baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah `Azza wa Jalla tidak menerima sebarang amal melainkan yang dikerjakan untukNya semata-mata dan dengan tujuan untuk mendapat keredhaanNya."
( Abu Daud dan An-Nasa'i)

“Tiada lagi Hijrah selepas pembukaan ini kecuali kerana jihad dan niat yang baik, dan sekiranya diperintahkan supaya keluar untuk berjihad dan melaksanakan kebaikan, maka keluarlah.”

(Riwayat Bukhari)

"Bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi, dan beramallah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari." 
(Khalifah Umar Abdul Aziz)

Wassalamualaikum wbt. 

"Ya Allah, Kurniakan Kami Sebaik-baik Kejayaan Di Dunia & Kejayaan Hakiki Di Akhirat"
RamadanMN
Selasa | 7 Disember 2010 | 1 Muharram 1432H
:: My Beloved Home ::


Halaqah Online - Setiap Amalan Adalah Dengan Niat
IslamGRID - Ikhlas Menuntut Ilmu Dan Beribadah

Monday, November 29, 2010

TERBAIK | Hanya Untuk Yang Terbaik

~|| Bismillahirrahmanirrahim ||~
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Menjadi yang terbaik untuk dapat yang terbaik. Mulai edisi ini, catatan di blog ini bertemakan "TERBAIK". Ia sebagai peringatan buat diri dan juga sebagai perkongsian. Akan cuba diaplikasikan dalam setiap perkara, ibadah, akademik, ekonomi, hubungan, siasah, keluarga dll. Untuk dapat yang terbaik, ia perlu bermula dengan diri kita. Perubahan dari dalam diri (Inside out) lebih baik daripada perubahan yang dipaksa (outside in). Sekarang sedang berusaha untuk memperbaiki diri, semoga ia bermanfaat bukan sahaja diri sendiri, tapi juga kepada keluarga dan masyarakat.

~| Terkenang Zaman Kegemilangan Islam |~

 ~| Bentuk kekuatan, serlah potensi, terbaik segalanya |~

Sebagaimana dinyatakan dalam Al-Qur'an, sememangnya kita adalah umat terbaik.

Kamu umat Islam adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh melakukan yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Diantara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.” 
[Ali-imran:110]

Lakukan setiap perkara dan urusan dengan sebaik-baiknya. Kita sedar, kita punya banyak kelemahan tapi orang yg terbaik tidak menjadikan ia sebagai alasan, sentiasa perbaiki diri kita dan serlahkan potensi sebenar.

"Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu membuat sesuatu amalan (pekerjaan) ia lakukan dengan tekun (sentiasa memperbaiki dan mempertingkatkanya )"
( Al-Baihaki )

Wassalamualaikum wbt.

"Ya Allah, Kurniakan Kami Sebaik-baik Kejayaan Di Dunia & Kejayaan Hakiki Di Akhirat"
RamadanMN
Isnin | 29 November 2010 | 22 Zulhijjah 1431H
My Beloved Home


WiraSutra - Siapa Umat Terbaik
GentaRasa - Berubah Ke Arah Benar
EraMuslim - Kriteria Umat Terbaik
Azzariyat - Siapa Umat Terbaik
EraMuslim - Manusia Paling Bermanfaat

Friday, November 26, 2010

Blog Menarik | Penampilan Itu Penting

~|| Bismillahirrahmanirrahim ||~
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Sebelum ni, ada orang minta tolong ubah design blog, tapi sebab tiada masa kena tangguh dulu. Masa cuti ni baru berkesempatan nak buat. Jadi, ingin berkongsi pengetahuan yg saya tahu tentang blog, rugi kalu cuma pandai sorang-sorang. Diharap ia berguna kepada orang lain, manfaatkanlah ia untuk tambah kebaikan, bukan tambah saham dosa.

Antara website bagus untuk blogspot, penuh dengan template, tutorial dan tips:

Website 1


Website 2


# Antara template yg menarik ialah "3 column","Web 2.0", dll

Wassalamualaikum wbt.

"Carilah Kejayaan Cemerlang Di Dunia & Sebaik-baik Kejayaan Ialah Kejayaan Hakiki Di Akhirat"
RamadanMN
Jumaat, 26 November 2010
Desa Nurani USMKK

Muhasabah II | Cuti Semester

~|| Bismillahirrahmanirrahim ||~
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Setelah cuti bermula Isnin lepas, selama 4 hari ini rasanya masa yg berharga telah berlalu begitu saja. Setakat ini tiada perubahan dan tiada pencapaian yg boleh baik buat diriku. -_-"
Perlu muhasabah awal, bimbang jika dihujung cuti baru sedar. Waktu itu dah terlambat kerana perlu membahagi masa antara urusan peribadi dan akademik dll. Banyak benda nak dilakukan tapi jika tidak bermula sekarang akan menyesal di kemudian hari.

Keluar dengan sahabat, selepas bersembang seketika dia berkata, "Kamu ni perfectionist!". Bisu seketika.
Ada sebab mengapa dia berkata begitu dan tidak boleh dinyatakan disini, saya menerima kenyataan itu dan hakikatnya saya perlu berubah, secara sedikit demi sedikit pun ok.

 ~| Ingin terbang tinggi dan bebas |~

Perubahan itu bermula dengan diri sendiri. Orang lain tidak boleh mengubah kita.
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri" (Ar-Ra'd:11)
Matlamat aku masih jauh. Ia itu tidak akan tercapai jika aku tidak bermula hari ini.
"A journey a thousand miles begin with the first step" 
Tidak perlu merasa bimbang dan takut kepada kegagalan, tapi bimbanglah jika rugi dan tidak mendapat sebarang hasil. Dapat sikit lebih baik daripada tidak dapat apa-apa.
“Nobody makes a greater mistake than he who does nothing because he could only do a little”. [Edmund Burke]
Jadi, perbaiki lagi diri, jangan rasa stress dan putus asa. Ubah mana yg mampu, kata seorang motivator,
"Kalu hari ini kita berubah 1%, esok 1% dan begitu juga dengan hari seterusnya dengan mengekalkan setiap perubahan, maka 100 hari kemudian kita telah berubah sebanyak 100%" (100 perubahan berlaku berbanding dengan sifat asal)

Apa yang kena buat?

  1. Tetapkan matlamat yg jelas apa yg ingin dicapai dalam tempoh 1 bulan cuti (akademik,keluarga,ilmu,ekonomi,etc).
  2. Lakukan urusan yg melibatkan orang lain di siang hari, urusan peribadi pada waktu malam. 
  3. Tetapkan pencapaian untuk setiap hari (Rancang sebelum tidur, 1 pencapaian utama, 3 yg biasa).
  4. Berdoa khusus supaya menjadi lebih baik untuk diri dan orang lain dan istiqamah. 

~| Mencari kecemerlangan di dunia dan kejayaan hakiki di akhirat |~

Wassalamualaikum wbt.



Renungan - Perubahan Agenda Utama
Langkah Pertama Penentu Kejayaan
Perubahan Untuk Organisasi
Interesting Post
 
~MyHOME~ | ~MyFLICKR~ | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ~Mencari Erti Hidup :: Toward Felicity In Life~ |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net | This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates