Tuesday, November 23, 2010

Muhasabah | Akhir Semester

~|| Bismillahirrahmanirrahim ||~

Alhamdulillah, exam untuk semester 3 telah berakhir, maka bertemu kembali dengan cuti semester. Seperti semester lepas, bila start cuti baru ada catatan di blog ini, hehe~

Semester kali ni antara semester yg banyak peristiwa berlaku :
-Ketua Kelas utk Tahun 2
-Persatuan Sains Kesihatan 2010/2011
-Rakan Masjid 2010/2011
-Ahli Dewan Persidangan Pelajar (DPP)
-Etc (Sahabat, pensyarah, exam dll)

Bila terlibat dengan aktiviti/program, banyak kelebihan dan pengalaman yg saya dapat. Tapi ada juga kesan yg kurang baik terhadap akademik, kewangan, kesihatan dan sosial. Tapi, setiap perjuangan perlukan pengorbanan, ada ujian dan kebaikan disebalik setiap yg berlaku. Yang baik jadikan tauladan, kesilapan & kelemahan jadikan sempadan.

Cerita pasal pengajian, bila sampai musim exam, ramai pelajar menjadi berbeza. Kalau nak cerita bab belajar, memang ramai pelajar universiti ni yg suka study last minit. Dekat nak exam baru nak photostat nota, cari softcopy dan sebagainya. Ish3x. -_-"
Mengikut pemerhatian sepanjang berada di USM, terbit teori bagi pelajar universiti yg belajar mengikut sistem semester.


Penerangan:

  1. Awal Semester = Azam baru, semangat tinggi sikit. Tapi sekadar azam, tiada tindakan.
  2. Pertengahan Semester = Terlibat dgn program/aktiviti. Banyak tidak study, kalu study susah faham.
  3. Study Week = Kembali semangat, time ni la kumpul nota, hardcopy dan softcopy.
  4. Exam Week = Time ni la prestasi pelajar paling tinggi, cepat jer baca 1 nota, faham pun sekejap.
  5. Lepas Exam & Cuti = Enjoy cuti, tengok movie, travel etc. Buku jarang2 dah buka.
  6. Semester baru = Pasang azam & semangat baru. Tengok2, study last minit jugak -_-"

#Jika boleh baiki sikap dan kekalkan momentum tu selepas exam mesti baguskan, time cuti istiqamah jugak buka nota, baca sambil buat nota, semester depan mesti boleh dapat Dean List, hehe~

Cukup lah,sekarang adalah cuti, sambung cerita lain pulak. Cuti PPSK kali ni sebulan, bermula 25 Nov hingga 25 Dis 2010, tapi saya mula cuti awal sikit, 22 Nov. Tapi rugi jika masa tersebut berlalu begitu sahaja.

Jadi bila cuti dah bermula :

1) Muhasabah Diri
Inilah masa terbaik untuk menilai diri dan pencapaian kita mengenai tahap akademik, ibadah dan spiritual, hubungan dengan keluarga dan rakan, pencapaian diri, kewangan, kesihatan diri, aktiviti yg dijalankan dan sebagainya. Adakah matlamat tercapai? Adakah peranan dan tanggungjawab terlaksana??
PS: Kena perbaiki diri dan tingkatkan usaha supaya matlamat tercapai.

2) Rancang Masa Cuti
Masa untuk bersama keluarga dan rakan-rakan lama. Jadikan cuti ini sebagai satu platform untuk merapatkan hubungan silaturrahim dengan keluarga dan sanak saudara, serta berjumpa dengan sahabat-sahabat lama. Berkongsi dan bertukar cerita menarik sepanjang pengajian, melancong ke tempat-tempat menarik dan aktiviti lain yg bermanfaat.

3) Persediaan Untuk Semester Baru
Rancang kursus yg akan diambil, perbaiki pengurusan masa, meningkatkan teknik belajar berkesan seperti membuat nota, mindmap dan jangan lupa mengulangkaji subjek lepas terutama subjek teras. Bersedia dengan nota ringkas @ mindmap untuk membantu pengajian. mindmap dan nota ringkas penting untuk meningkatkan prestasi akademik semester akan datang dan tahun seterusnya.

4) Tingkatkan Ilmu & Pengetahuan
Banyakkan membaca bacaan tambahan seperti buku motivasi untuk pembangunan diri, buku agama seperti tafsir,hadis,sirah dan buku lain yang dapat memberi manfaat kepada diri, keluarga dan masyarakat. Dedahkan juga dengan isu-isu semasa, nasional dan global.
Sertailah bengkel dan program yang dijalankan disekitar kawasan anda atau lakukan aktiviti-aktiviti yang jarang kita lakukan. Luaskan pengalaman anda! Cuba timba ilmu sebanyak mungkin terutama ilmu yang tidak terdapat di dalam dewan kuliah bagi mengelakkan diri sekadar menjadi mahasiswa yang hanya tahu belajar tapi tidak berkemahiran.

5) Menjana Pendapatan
Wang penting dan perlu bagi memenuhi keperluan hidup dan pengajian. Dengan masa cuti yang panjang, baik juga sekiranya masa itu digunakan untuk bekerja dan menjana wang. Disambil menambah tabungan atau membantu keluarga, dapat menambah pengalaman dan kemahiran.


Last but not least, waktu cuti adalah waktu terbaik utk "Sharpen The Saw".(Habit #7)
Setakat ini sahaja buat masa ini, sekadar perkongsian. Moga sama-sama mendapat manfaat.

Wassalamualaikum wbt.

No comments:

Post a Comment

Interesting Post
 
~MyHOME~ | ~MyFLICKR~ | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ~Mencari Erti Hidup :: Toward Felicity In Life~ |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net | This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates