Monday, May 2, 2011

Dr Azizan Osman - My Mentor I

Assalamu'alaikum wbt & Salam Sejahtera,

Exam tinggal 1 paper lagi, bermakna sem ni dah nak sampai ke penghujungnya. Sekejap jer rasanya masa berlalu, tak terasa pun 5 bulan telah berlalu. Tapi alhamdulillah, masih diberi masa, tenaga dan ada peluang lagi untuk berusaha untuk kehidupan yang lebih baik.

Walaupun minggu lepas minggu ulangkaji, tapi sempat lagi join seminar Dr Azizan Osman, "Seminar Marketing Power" kat Perdana Resort. Dulu dah ada sahabat saya yang ajak join, tapi tidak dapat pergi sebab ada program lain. Sekarang dia dah berjaya, rugi dan sedih tak ikut dulu,huhu...
Rezeki itu ada di mana-mana, kita akan dapat apa yang kita usahakan, insyaAllah~

Seminar Marketing Power
Nak berjaya mesti ada mentor/idola, itu semua orang tahu. Jadi kena banyak belajar dari orang yg dah berjaya. Disebabkan beliau merupakan orang yg hebat, saya nak menimba ilmu dengan beliau, Dr Azizan Osman. Banyak yang dapat saya belajar walaupun dengan bayaran hanya RM45, amat berbaloi.


Pendaftaran peserta, ramai jgk~!

Dr Azizan dalam "Nasi Lemak Kopi O" 

Seminar bermula, live dengan Dr Azizan Osman

"Aku Kaya & Berjaya"....insyaAllah

Sunnah & Rezeki Dalam Perniagaan
9/10 daripada rezeki datang daripada bidang perniagaan. Ia juga salah satu sunnah Rasulullah s.a.w, ini kerana sebelum baginda menjadi Rasul, baginda merupakan antara usahawa terulung pada ketika itu. Pelik bila ramai yang kata hidup tidak perlu kaya, tapi tidak malu jika hidup meminta & merempat. Mengikut Dr, ramai yang menyertai perniagaan gagal iaitu hampir 9/10, hanya 10% yang berjaya. Apapun, jika tidak mencuba dan berusaha sememangnya susah untuk berjaya tidak kira bidang apa sekali pun.

Bertindak Segera Untuk Berjaya
Jika nak berjaya, ambil tindakan segera dan pantas terutamanya bila dah belajar sesuatu dan dapat ilmu baru. Kadang-kadang idea dah hebat tapi masih tidak berjaya disebabkan masih tiada usaha & tindakan. InsyaAllah, moga mampu melakukan yang terbaik dan merealisasikan impian itu.

ps: Doakan kejayaan saya !

Wallahu'alam, hanya Dia Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk kita.

"Ya Allah, Pimpinlah Kami Dalam Setiap Urusan Kami Dgn PetunjukMu"
"Kami Mengharapkan Sebaik-baik Kejayaan Di Dunia & Di Akhirat" 
RamadanMN
:: Desa Nurani ::

No comments:

Post a Comment

Interesting Post
 
~MyHOME~ | ~MyFLICKR~ | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ~Mencari Erti Hidup :: Toward Felicity In Life~ |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net | This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates