Tuesday, May 3, 2011

Tips Kejayaan : Subuh, Usaha & Tawakal

~|| Bismillahirrahmanirrahim ||~
Assalamu'alaikum wbt & Salam Sejahtera,

Salam kejayaan kepada semua, untuk berjaya kenalah berusahalah.
Selalu diingatkan bahawa orang yang berusaha dapat seperti mana yang dia usahakan, pesanan utk diri sendiri.

~Burung dapat rezeki kerana berusaha~


Cari Redha Ilahi 
Walau bagaimanapun, janganlah dalam berusaha untuk mencapai kejayaan itu kita turut sama melakukan dosa. Amat rugi kerana takut kejayaan itu tidak diredhai Allah, nauzubillah. -_-"
Contohnya:

  • Study hingga lewat malam menyebabkan bangun lewat >>> Tertinggal Subuh
  • Study diutamakan daripada solat >>> Tidak berjemaah / Lewat Solat
  • Study bercouple >>> Ilmu tak berkat + Dosa Couple + Kutukan manusia & makhluk Nya
    ( Patut la ramai yg bercouple, mereka suka "bonus" ini. Nauzubillah )

Contoh lain:

  • Bersikap riak & ujub, rasa hebat so study last minute.
  • Jenis tidak study dan tawakkal sepenuhnya.

Kenali diri, kenali Allah. 
Kita perlu kenal potensi dan tahap diri kita setakat mana kita mampu buat. Jangan menjadikan tidak sedar sebagai alasan tidak solat. Jika sekali-sekala adalah dimaafkan, tapi jika setiap hari perkara sama terjadi itu bukan lagi tidak sengaja. Cara mudah, berdoalah kepada Allah dan berusaha.

  • Tetapkan berapa jam sehari perlu tidur supaya cukup dan bersemangat? Bagi saya 4 jam dah cukup!
  • Tetapkan waktu maksima perlu tidur? Paling maksima boleh berjaga sampai pukul 3 pagi, lepas tu kena tidur walaupun masih banyak kerja dan tak mengantuk supaya tidak terlepas solat Subuh.
  • Set alarm dan jangan stop selagi belum bangun. Biarkan snooze sehingga bangun. Guna ringtones khusus sikit dan dalam reminder tu tulis doa supaya mudah bangun tidur, baca bila dengar alarm! 
  • Lain-lain boleh baca kat sini~!

Ingat satu pesanan "Jika kita rasa alasan itu Allah terima di Akhirat nanti, teruslah buat. Tapi jika rasanya alasan itu Allah tak terima, tanggunglah akibatnya jika masih teruskan amalan tersebut."

~Amat rugi jika tidur selepas Subuh~ 

Peringatan untuk diri sendiri dan sahabat yang mencari keredhaan Ilahi. Walaupun masih banyak perkara yang belum diamalkan dan masih banyak dosa yang belum ditinggalkan, apapun kena pastikan diri kita sentiasa diperbaiki dan lebih baik di masa akan datang. Sama-samalah kita berusaha, istiqamah dan tawakkal pada jalanNya ini, InsyaAllah.


Wallahu'alam.
"Ya Allah, Pimpinlah Kami Dalam Setiap Urusan Kami Dgn PetunjukMu"
"Kami Mengharapkan Sebaik-baik Kejayaan Di Dunia & Di Akhirat" 
RamadanMN
:: Desa Nurani ::

Monday, May 2, 2011

Dr Azizan Osman - My Mentor I

Assalamu'alaikum wbt & Salam Sejahtera,

Exam tinggal 1 paper lagi, bermakna sem ni dah nak sampai ke penghujungnya. Sekejap jer rasanya masa berlalu, tak terasa pun 5 bulan telah berlalu. Tapi alhamdulillah, masih diberi masa, tenaga dan ada peluang lagi untuk berusaha untuk kehidupan yang lebih baik.

Walaupun minggu lepas minggu ulangkaji, tapi sempat lagi join seminar Dr Azizan Osman, "Seminar Marketing Power" kat Perdana Resort. Dulu dah ada sahabat saya yang ajak join, tapi tidak dapat pergi sebab ada program lain. Sekarang dia dah berjaya, rugi dan sedih tak ikut dulu,huhu...
Rezeki itu ada di mana-mana, kita akan dapat apa yang kita usahakan, insyaAllah~

Seminar Marketing Power
Nak berjaya mesti ada mentor/idola, itu semua orang tahu. Jadi kena banyak belajar dari orang yg dah berjaya. Disebabkan beliau merupakan orang yg hebat, saya nak menimba ilmu dengan beliau, Dr Azizan Osman. Banyak yang dapat saya belajar walaupun dengan bayaran hanya RM45, amat berbaloi.


Pendaftaran peserta, ramai jgk~!

Dr Azizan dalam "Nasi Lemak Kopi O" 

Seminar bermula, live dengan Dr Azizan Osman

"Aku Kaya & Berjaya"....insyaAllah

Sunnah & Rezeki Dalam Perniagaan
9/10 daripada rezeki datang daripada bidang perniagaan. Ia juga salah satu sunnah Rasulullah s.a.w, ini kerana sebelum baginda menjadi Rasul, baginda merupakan antara usahawa terulung pada ketika itu. Pelik bila ramai yang kata hidup tidak perlu kaya, tapi tidak malu jika hidup meminta & merempat. Mengikut Dr, ramai yang menyertai perniagaan gagal iaitu hampir 9/10, hanya 10% yang berjaya. Apapun, jika tidak mencuba dan berusaha sememangnya susah untuk berjaya tidak kira bidang apa sekali pun.

Bertindak Segera Untuk Berjaya
Jika nak berjaya, ambil tindakan segera dan pantas terutamanya bila dah belajar sesuatu dan dapat ilmu baru. Kadang-kadang idea dah hebat tapi masih tidak berjaya disebabkan masih tiada usaha & tindakan. InsyaAllah, moga mampu melakukan yang terbaik dan merealisasikan impian itu.

ps: Doakan kejayaan saya !

Wallahu'alam, hanya Dia Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk kita.

"Ya Allah, Pimpinlah Kami Dalam Setiap Urusan Kami Dgn PetunjukMu"
"Kami Mengharapkan Sebaik-baik Kejayaan Di Dunia & Di Akhirat" 
RamadanMN
:: Desa Nurani ::
Interesting Post
 
~MyHOME~ | ~MyFLICKR~ | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ~Mencari Erti Hidup :: Toward Felicity In Life~ |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net | This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates