Friday, December 7, 2012

Forum "Keluarga Bahagia Menuju Syurga"

~|| Bismillahirrahmanirrahim ||~
 Assalamu'alaikum wbt & Salam Sejahtera,

Alhamdulillah berkesempatan ke Forum "Keluarga Bahagia Menuju Syurga". Bersama Ustazah Norhafizah Musa & Ustaz Shamsuddin Abd. Rahman, di Istana Kelantan bersempena Sambutan 100 Tahun MAIK.

"Keluarga Bahagia"

Antara perkara penting yang penulis dapat:

  • Seseorang lelaki menikahi perempuan dan menerima daripada walinya melalui kalimah dan jaminan Allah. Maka sebenarnya ia adalah janji seorang suami kepada Allah untuk menjaga isterinya.
  • Selalu berdoa dengan doa, "Rabbana hablana min azwaajina qurrata'ayyun waja'alna lil muttaqiina imaama"
  • Contohi segala apa yang Rasulullah SAW dan sahabat Baginda lakukan dalam berumahtangga.
  • Mesti ada matlamat berumahtangga untuk MENCARI REDHA ALLAH. Jika ada salah silap, masing-masing akan berlumba-lumba untuk menyelesaikan masalah dan bermaafan.
  • Sangat penting dalam memastikan ahli keluarga mengerjakan solat.
  • Sentiasa muhasabah keluarga (perhubungan, ibadah, dll) setiap 3 bulan/ 6 bulan/ setahun sekali.
  • Apa yang penting, kedua-dua pasangan mestilah ada ilmu dan sentiasa menambah ilmu sepanjang berumahtangga kerana ilmu sangat berguna untuk membina kebahagiaan dan menyelesaikan masalah.


Wallahu'alam.

"Ya Allah, Pimpinlah Kami Dalam Setiap Urusan Kami Dgn PetunjukMu"
"Kami Mengharapkan Sebaik-baik Kejayaan Di Dunia & Di Akhirat" 
RamadanMN
Jumaat | 7 Disember 2012 | 23 Muharram 1434H
:: Desa Nurani, USMKK ::

No comments:

Post a Comment

Interesting Post
 
~MyHOME~ | ~MyFLICKR~ | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ~Mencari Erti Hidup :: Toward Felicity In Life~ |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net | This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates