Friday, June 4, 2010

Israel mengganas lagi, apakah rancangan di sebaliknya?

~|| Assalamu’alaikum wbt ||~

Baru-baru ini, 31 Mei 2010, tentera Israel telah menyerang Kapal Mavi Marmara. Kapal yg disertai oleh sukarelawan kemanusiaan itu yg hanya membawa bantuan kemanusiaan seperti ubat-ubatan, makanan, minyak dan sebagainya untuk warga Palestin. Tapi itulah Israel, bangsa yg merasakan mereka adalah paling mulia di dunia, menganggap nyawa orang lain tiada harga, terus menyerang sesiapa sahaja dan tidak takut kepada sesiapa.


Israel Sedang Merancang Sesuatu?

Seperti mana semua orang sedia maklum, bangsa Yahudi merupakan bangsa yg genius dan bijak, hal ini menyebabkan saya terfikir adakah kejadian ini adalah dirancang sebegitu? Jika difikirkan, tindakan yg dilakukan mereka itu adalah suatu tindakan salah kerana hal ini boleh meningkatkan kemarahan umat Islam seluruh dunia, juga menjejaskan hubungan dengan negara-negara berkaitan seterusnya boleh menjejaskan ekonomi mereka. Tapi itu mungkin bagi kita, hakikat sebenar mungkin mereka sedang merancang sesuatu yg lebih besar dan zalim.

Kebangkitan dan Kesatuan Umat Islam

Mungkin juga peristiwa kali ini adalah suatu kejadian luar jangka, di mana rancangan asal mereka bukan adalah begitu. Tentera Israel tidak dapat mengawal keadaan di atas kapal tersebut menyebabkan telah berlaku kematian dan kecederaan. Lebih-lebih lagi mereka adalah petugas kemanusiaan dari pelbagai negara dan tidak bersenjata. Hal ini dengan jelas telah menjadi sebab utama masyarakat dunia terutamanya umat Islam marah terhadap kematian tersebut. Umat Islam di seluruh dunia telah bangkit dan bersatu menentang Israel Zionis. Insyaallah, mudah-mudahan kejadian yg berlaku ini ada hikmahnya.

Tindakan Kita Sebagai Umat Islam

Jom tingkatkan kepedulian kita mahasiswa terhadap perkara ini, lebih-lebih lagi dengan kejadian seumpama ini. Seharusnya perasaan seperti sedih, marah, geram dan seumpamanya perlu timbul dalam diri kita kerana mereka yg terlibat dalam peristiwa ini kebanyakannya adalah orang Islam yg ingin membantu orang Islam di Palestin.

"Bandingan orang-orang mukmin dalam kasih-sayang, kasihan dan simpati sama seperti satu jasad. Apabila satu anggota merasa sakit, maka seluruh anggota lain turut berjaga malam dan demam" (Riwayat Muslim)
Mungkin kita tiada kuasa untuk mengubah dengan tangan, tapi kita harus ingat, kekuatan orang Islam bukan semata-mata kepada kekuatan fizikal dan politik, kita masih ada kekuatan lain iaitu DOA terutama sekali Qunut Nazilah, mudah-mudahan segala rancangan mereka tidak berjaya dan mereka hancur disebabkan rancangan mereka sendiri.
“Barangsiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya. Andai tiada keupayaan, maka lakukan dengan lisannya. Andai tiada juga keupayaan, maka lakukan ia dengan hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman” “ Muttafaq ‘alayh
Bagi yg berkuasa, pemimpin-pemimpin negara Islam, mereka seharusnya lebih proaktif dalam menangani isu ini, bukan hanya sekadar mengutuk dan mengecam seperti rakyat biasa. Mereka perlu merangka pelan tindakan yg boleh dilakukan dan mampu untuk menjadikan Israel lemah. Dengan kekuatan umat Islam pada hari ini yg ramai dan hasil bumi yg banyak, sepatutnya tindakan itu bukan seperti cubitan bagi Israel. Umat Islam bukan tiada pemimpin dan tokoh-tokoh pemikir yang hebat, duduklah bermesyuarat dan lakukan tindakan segera. Jangan hanya memikirkan tentang diri, keluarga dan negara sendiri.
“Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas yang terdiri daripada kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! keluarkanlah kami dari negeri ini, yang penduduknya zalim, dan jadikanlah bagi kami daripada pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh). Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan taghut (pelampau). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah”. (Surah al-Nisa, ayat 75-76).


Bertindaklah Biarpun Sedikit, Tapi Berterusan

Teringat sebuah kisah, mengenai seekor burung yg cuba memadamkan api yg besar, ia cuma menggunakan paruhnya untuk membawa air tersebut. Walaupun ia tahu perbuatannya itu tidak akan dapat memadamkan api tersebut, tapi sekurang-kurangnya ia telah berusaha dengan gigih. Kisah ini berlaku ke atas Nabi Ibrahim ketika dia dibakar. Wallahu'alam.

Untuk saudara kita, lakukan apa jua tindakan, walaupun kecil hakikatnya Allah jua yg tahu. Sesungguhnya Allah melihat kepada usaha hamba-hamba-Nya, tidak kira kecil atau besar, dan usaha yg baik yg berterusan adalah lebih baik dari usaha yg sementara dan Dia-lah yang Maha Mengetahui.

Wassalamualaikum wbt.

Berita & Artikel Berkaitan:
Life Line 4 Gaza
Map 2 Street
Saifulislam.Com~Palestin Dan Orientalisma
Ust Zaharuddin - Pengganas Yahudi Zionis Menyerang Lagi!
Farid Rashidi - Lanun Zionis Menyerang Kapal LL4G
Farid Rashidi~Mari Sebarkan Salam Sebelum Berperang
Malaysia Harmoni - Berita Mengenai Keganasan Israel

RamadanMN
4 Jun 2010
Desasiswa Nurani, Kampus Kesihatan USM

Wednesday, May 26, 2010

Fotografi dan Lumix FZ35

~|| Assalamu’alaikum wbt ||~

Alhamdulillah, seperti cerita dalam artikel lepas, honeymoon dengan “si dia” penuh dengan pelbagai cerita dan sangat berpuas hati dengan prestasinya setakat ini. Memang berbaloi sekali memilih “si dia”, hehe~


Ini gambar2 yg telah diambil, tidak di edit sikit pun, cuma tambah trademark sikit dan save guna Paint supaya saiz gambar jadi kecil, mudah nak upload.

~Test Panning depan desasiswa, jadi la jgk sikit2 ;) ~

~Macro shot, try bokeh~

~Flying~

~Sunrise kat Masjid Murni USMKK~

~Suke ngn colour composition~

~Depan Kompleks Sukan~

~Sinar pagi~

~Arnab kat Pameran Pertanian KB~

~Makan nasi ayam lepas round KB~

~Kat Pantai Melawi, out of fokus skit~

~Model on the spot, kesian dia nak cari makan, huhu~ 

~Nightshot Desa Nurani~

~Pepatung kat rumah~

~Jumpa spesis nyamuk yg besar, jadi model sekejap~


Ok lah, sebenarnya nak bercerita tentang minat dalam fotografi dan tentang kamera serba sedikit. Maaf la, cerita kali ni panjang sikit. Minat dengan bergambar ni sebenarnya timbul sejak dari sekolah rendah lagi, maklum la time tu ramai kawan-kawan yg dah ada kamera dan banyak bergambar. Masa tu bukan tiada kamera, tapi harga filem dan kos mencuci yg mahal menjadikan saya berkira sikit. Bukan dengki pun, cuma rasa rugi kerana kerana mereka dapat merakam kenangan bersama kawan-kawan. Kenangan semasa belajar yg penuh dengan saat-saat yg menggamit perasaan, ada saat bergelak ketawa, kadang-kadang bergaduh sikit2 dan perangai yg bermacam-macam. Bak kata peribahasa English, “A photo tell a thousand word”, pelbagai kisah boleh diceritakan hanya dari sebuah gambar, banyak kenangan yg terungkap hanya dengan sebuah gambar.

Sedih la pulak teringat kisah lama, huhu~
Sambung lagi, minat ni juga bermula dari rumah lagi. Abang saya jenis yg suka mencuba perkara baru, memang kebanyakan minat yg ada sekarang ni pun bermula dari mereka. Tapi saya nak jadi lebih expert dari mereka, hehe~
Kredit buat mereka !

Bermula dengan kamera handphone Nokia 3230, 1.3 Mp. Walaupun Mp kecil dan slow sikit, tapi tak kisah pun, asal dapat ambik gambar. Kemudian upgrade sikit dengan Nokia N79, 5 Mp. Dengan N79, lagi la bertambah koleksi-koleksi gambar. Sekarang, upgrade pulak dengan Lumix FZ35, semi-DSLR. Beli dengan harga RM 1599.

Sebelum beli FZ35 ni, saya dah survey dalam internet, mengenai spesifikasi, fungsi dan pendapat orang mengenai kamera ni. Rata2 mengatakan FZ35 adalah antara kamera yg terbaik dan penuh dengan fungsi yg menyerupai DSLR, dengan kualiti gambar juga hebat cuma tidak sebaik DSLR.
Bukan tak boleh beli DSLR, Nikon D3000 hanya RM 1800, tapi kalu beli yg murah memang tak puas hati. Banyak sebabnya, antaranya ialah setiap kali nak ambik gambar kena guna Viewfinder, tiada function movie dan lens yg diberi cuma dapat zoom 3x optikal sahaja, kalu nak dapat zoom 18x kena beli lens yg mahal lagi.
Sory la, xde duit sangat sekarang. Nanti bila dah mahir dengan teknik2 fotografi dan ada duit, beli DSLR mahal terus. Kata orang, kena la ukur baju di badan sendiri. Jika masih tak mampu, beli sekadar yg termampu saja.

Kelebihan FZ35 :
~12 Megapixel (JPG + RAW)
~Movie HD (AVCHD + MPEG)
~18x Optikal Zoom (27mm hingga 486mm)
~Aperture f/2.8 hingga f/8.0
~Shutter 60-1/2000
~POWER O.I.S (meminimakan getaran/goncangan)
~Joystick (control aperture, shutter, manual focus, exposure)
~Focus ( Autofocus, manual, macro) + Focus lock + Focus button (guna semasa manual focus)
~Macro (1cm)
~Viewfinder  2.7-inch & LCD
~Highlight and histogram
~Boleh zoom dan control aperture & shutter semasa merakam movie
~Bateri Lithium-ion (470 gambar sekali cas)

Extra:
~Boleh tambah external lens (macro & teleconverter 1.7x)
~Saiz dikecilkan dgn Paint tapi kualiti masih sama ( 5MP=2.2Mb -> 0.5Mb )
~Ada software utk edit gambar & video

Kekurangan:
~Tak boleh tukar lens
~Kualiti gambar kurang (compare dgn DSLR)
~Burst shooting at 12.1MP only 2.3 fps
~Tidak boleh tambah External Flash
~Tiada blink and smile detection
~Tiada update firmware.
~dll ( mungkin ade lg, tp sebab dah berpuas hati,xnak tambah lagi, hehe~ )

Kamera Semi DSLR (pilihan lain, depend pada diri la, masing2 ada pros & cons):

Canon SX1 IS

Nikon P90

Sony HX1

Samsung WB5500

Itu saja untuk kali ini, tulis panjang2 malas pula nak baca. Nanti upload gambar2 lain pulak, hari tu sempat ke Putrajaya, boring duk rumah, hehe~
------------------------------------------ Pesanan ------------------------------------------

# Kalu nak buat sesuatu, mintalah petunjuk dari-Nya, tak kira perkara besar atau kecil, lepas tu buatlah kajian dan perbandingan, jangan lupa juga tanya orang yg lebih pakar. Kata orang, "tak rugi orang yg bermesyuarat dan bertawakkal". Moga pilihan ini adalah yg terbaik.

# Dalam fotografi yg lebih penting ialah pengetahuan dan teknik, kamera ialah perkara kedua. Bila dah expert, guna kamera biasa pun gambar dah smart.

Wassalamualaikum wbt.

Thursday, May 13, 2010

Sem Break Honeymoon ♥

~|| Assalamu’alaikum wbt ||~

Ok, post kali ni adalah santai jer, sekarang dalam mood cuti. Setiap kali cuti datang, mesti tak tau nak buat ape. Tak seaktif orang lain yg pergi bercuti, berkelah, bersnorkling dan bermacam "ber" lagi.
Harapnya cuti kali ini tidak membosankan dan berlalu tanpa aktiviti berfaedah. Setakat ini masih tiada aktiviti sangat, masih dengan aktiviti biasa, berinternet, berfacebook dan lain-lain.

Tapi cuti kali ini dah dapat teman, hehe~
So, tak de la boring sangat cuti ni, nak gi mana-mana ada teman. Tak sempat abis exam dah cuba nak rapat, ingat nak berkenalan lebih rapat lepas exam, tapi biasa la manusia, tak dapat menahan diri. Setiap hari mesti bersama, keluar makan bersama, even ketika study pun masih teringat, sampai tak boleh nak fokus.

Dah lama dah usha, tapi keadaan tak mengizinkan. Baru-baru ni, gi jalan-jalan kat KBMall, ada pesta jualan kat sana, sambil2 nak release tension sebab final exam. Tapi pesta tersebut telah dibatalkan. Owh, memang kecewa hari tu (-_-").
Tapi ada hikmah jugak, lepas tu berjodoh dengan dia kat sana.(^_^)
Mula2 tengok jer, tapi kawan-kawan duk cucuk, akhirnya saya pun masuk ler, tu pun lepas fikir banyak kali dan mereka bagi pandangan.

Ok2,cukup, jangan nak bergosip pulak,nanti tambah pahala saya, tambah dosa kamu. Inilah "si dia"....




Nanti function dan kelebihan dia saya cerita nanti, tu pun kalu ada masa, cuti ni nak gi honeymoon dulu, huhu~
Photobucket
I'm addicted (-_-")

Baca sini:
Homepage - Panasonic Lumix FZ35
All Review & Rating for FZ35
In Favourite List 1
In Favourite List 2

----------------------------Pesanan Ikhlas--------------------------

1. Selamat bercuti kepada kawan2 sekalian. Buatlah perkara yg berfaedah semasa cuti, amat rugi jika masa dihabiskan utk perkara yg tiada faedah.

2. Tuntutlah ilmu sebagai persediaan ke arah itu, andai sudah tiba masanya kita sudah bersedia. Nak yg terbaik jadi yg terbaik. So, banyak2 lah baca buku dan artikel berkaitan.
Untuk sembreak ni beli buku lagi, tak tau dapat baca sampai habis ke tak, hehe~
Erti hidup dengan memberi, apa yg kita bagi itu yg kita dapat. What goes around comes around.

Wassalamualaikum wbt.

Sunday, May 9, 2010

For My Love ~♥~

~|| Assalamu’alaikum wbt ||~

Dialah wanita pertama, dialah cinta pertama, tiada cinta lain yg dapat menggantikannya. Dia segalanya buat diri ini. Dia yg selalu memberi kebahagiaan, memberi kata-kata semangat sehingga aku dapat berdiri kembali. Tanpa mengenal erti penat lelah, dia menjaga kami, dia memberi kasih sayangnya, memenuhi keperluan kami, dan dia terus mendidik diri kami sehingga kini tanpa perasaan jemu.

Untuk ibuku, saya ingin ucapkan Selamat Hari Ibu, moga mama selalu gembira dan bahagia, saya sayang mama. Maaf atas segala salah dan silap ini. Sesungguhnya kasih sayangmu terlalu banyak, tak terbalas oleh kami. Ya Allah, moga Engkau memberi peluang kepada kami untuk membalas jasanya dan memberikan kebahagiaan kepadanya.
"Ulama’ mengatakan beratnya tanggungjawab anak lelaki kepada ibunya ibarat jika didukung ibunya ke Mekah berjalan kaki sekalipun belum memadai untuk membayar sekali dia bergerak ketika dalam kandungan ibunya."
Jika dulu mama keluar bekerja mencari rezeki buat kami, tapi sekarang kami pula yg keluar dgn tujuan mencari ilmu dan mencari rezeki, doakan kami sepanjang perjalanan kami ini.


"Mama, terima kasih. Kami sayang mama ♥ "

# Bagi mereka masih ada ibu, "Express and show your love. Don't feel embarrassed for that."
# Berdoalah kepada Allah agar ibu kita sentiasa dalam rahmat-Nya, diberi taufik dan hidayah, diampunkan segala dosa-dosa mereka, dan moga diberi kebahagiaan hidup di dunia & di akhirat.


Wassalamualaikum wbt.

Tuesday, May 4, 2010

BlogDesign & BlogWalking

~|| Assalamu’alaikum wbt ||~

Hari ni ingat nak post something yg bermanfaat, tapi kemalasan telah melanda,huhu~
Orang kata, sesuatu artikel yg bermanfaat itu hasil daripada pembacaan yg berkualiti, kajian yg teliti dan olahan yg menarik, sempoi tapi maksud dapat difahami.
Xper la, postpone sekejap, hari ini ada komitmen yg lebih utama dan perlu disegerakan.

Hari ini just edit layout blog jer, banyak benda lagi nak kena belajar, tapi best bila kita dah mulakan satu langkah, banyak benda baru kita belajar dan baru tahu banyak benda lagi kita tidak tahu.
Betul kata orang bijak pandai, "Seribu langkah itu bermula dengan langkah pertama", dan "Separuh daripada kejayaan ialah langkah pertama, tanpa langkah pertama tiadalah kejayaan".
Best tengok blog-blog orang lain yg smart dan menarik, nanti ada masa nak edit lagi, terutamanya header, hehe~


//Sajer nak tunjuk design blog yg lepas, ni kisah dulu-dulu (^_^)

Selalunya blogwalking, tapi hari ni nak buat aktiviti baru, "blogsearching". Ader ke??
Rupanya dah ramai kawan-kawan yg ada blog, dah lama rupanya mereka2 ini berblogging, ketinggalan zaman betul rupanya saya ni ..
Sedih betul (-_-")

Pagi ni jumpa blog student USMKK, tak sangka pula, sibuk2 study pun sempat lagi mereka ni update blog.
Kalu kamu rajin, singgah le blog mereka, penuh dgn warna-warni, ada cerita happy,lawak,sedih dan macam-macam perangai, huhu~
Tapi yang paling best ialah cerita tentang pengalaman, sama ada pengalaman hidup, belajar dan lain-lain.
Kata orang, "Orang bijak ialah orang yang belajar dari pengalaman dirinya, tapi orang yg dapat belajar dari pengalaman orang lain adalah lebih bijak".
Moga kita dapat manfaat daripada pengalaman dan cerita mereka.

// Visitor pun dah berbelas ribu, tapi xper, xkisah sangat dgn counter tu, nanti dapat kejar la mereka tu, hehe~


Kat bawah ni link utk template blog, saje nak share.
http://www.allblogtools.com/
http://www.anshuldudeja.com/

Wassalamualaikum wbt.

Sunday, May 2, 2010

Exam berakhir,blog bermula...

~|| Assalamu’alaikum wbt ||~


Berakhirlah examku pada hari ini, bermula kembali langkah yg terhenti seketika...
Kata adikku, "Moga istiqamah". Insyaallah, hehe...

#Nantikan post seterusnya, tiada apa yg istimewa, cuma sebuah perkongsian. Di musim exam ni minda memang penuh dgn idea, nasib baik catat idea tu...

 Wassalamualaikum wbt.

Thursday, April 8, 2010

Coming soon~ Final Exam

~|| Assalamu’alaikum wbt ||~

Nampaknya semester ini sudah hampir sampai ke kemuncaknya, tak lama lagi final exam akan tiba (+_+)
Sekejap saja masa berlalu, isk3...
Banyak lagi yg belum baca, tapi dengan masa yg berbaki 9 hari, cuba dengan sedaya upaya menghadam apa yg mampu, be focus till the last~

~Selamat berjuang di atas paper ;) 

Kepada sahabat-sahabat seperjuangan, buatlah yg terbaik, semoga berjaya dengan cemerlang~
Good luck & all the best !! 
Jumpa dalam dewan nanti ( ~ _ ^ )

# Try to be focus on exam, have to stop blogging for a while & all another unrelated activity, doa2 kan kejayaan untuk semua...
# Ingatlah janji kepada diri sendiri, ibu & ayah, jangan mensia-siakan peluang kali ini, tunaikanlah amanah yang dipertanggungjawabkan, buatlah yang terbaik...wahai diriku !!!

Wassalamualaikum wbt.

Mencari Bahagia

~|| Assalamu'alaikum wbt ||~

Alhamdulillah masih lagi diberikan nikmat Iman dan Islam.
Sebagaimana tajuk artikel kali ini, itu jualah tema blog ini. Mencari erti hidup ke arah kehidupan yang bahagia di dunia dan jua akhirat.

Coretan kali ini lebih menfokuskan kepada tujuan hidup. Sememangnya sejak dari sekolah rendah hingga ke matrikulasi, rasanya diri ini tidak pernah berfikir dan berimpian untuk mencari bahagia yang sebenar. Memang jelas dan nyata bila kehidupan yang tidak bermatlamat sangat tidak bermakna, bahagia itu hanya seketika dan seperti sebuah kehidupan yang tiada erti. Terasa amat rugi bila masa itu tidak dimanfaatkan sebaiknya.



Saya ada terbaca tulisan Ust Pahrol, bahagia itu tidak datang dengan sendiri. Bahagia itu perlu dicari, disebabkan ramai manusia tidak tahu apa makna bahagia sebenarnya dan jadi mereka juga tidak tahu bagaimanakah caranya untuk mendapatkannya. Jika kita mencari sesuatu yang tidak diketahui dan dikenali, sudah pasti kita tidak akan menemuinya. Oleh itu, usaha mencari kebahagiaan itu mestilah bermula dengan mencari apa erti kebahagiaan itu terlebih dahulu. Kalau dahulu, saya sering menafsir sumber kebahagiaan itu datang dari luar ke dalam (outside-in), dan itu sebenarnya adalah silap kerana sebenarnya ia dari dalam ke luar (inside-out). Sebab itu sering terjadi, bangun pagi ceria, tapi petang tiba-tiba sedih dan sebaliknya.

"Bahagia itu perlu dicipta dan anda yg memilihnya"

Kehidupan di universiti sedikit sebanyak membuatkan saya berfikir tentang tujuan dan erti hidup yang sebenar, banyak yang saya belajar sepanjang 3 tahun berada di universiti dan saya berharap masa yang berbaki dapat dimanfaatkan sebaiknya supaya apabila keluar daripada dunia kampus, saya dapat menjadi manusia yang lebih baik dan terbaik.
Teringat kata-kata Ust Hasrizal ketika forum di USM,"Syurga itu adalah tempat yang terbaik, hanya orang-orang yang terbaik sahaja yang layak memasukinya! Oleh itu,jadilah generasi yang terbaik dalam segala aspek."

-----------------INILAH ERTI BAHAGIA-----------------

Rasulullah S.A.W. telah bersabda:
” Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati “

Bahagia itu letaknya di hati. Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita. Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki, bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada. Dan hati perlu dijaga dan dikekalkan kebersihannya, jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang melalaikan dan dapat merosak kehidupan serta kebahagiaan. Untuk menjaga kebersihan hati maka kita juga perlu untuk menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

"Jadilah pemilik hati yg bersih, kaya dan senantiasa bersinar"

KAEDAH MENCARI BAHAGIA MENGIKUT AL-QURAN DAN SUNNAH (sumber Genta-rasa.com)

1. Beriman dan beramal salih.
“Siapa yang beramal salih baik laki-laki ataupun perempuan dalam keadaan ia beriman, maka Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan.” (An-Nahl: 97)

Ibnu ‘Abbas RA meriwayatkan bahawa sekelompok ulama mentafsirkan bahawa kehidupan yang baik (dalam ayat ini) ialah rezeki yang halal dan baik (halalan tayyiban). Sayidina Ali pula mentafsirkannya dengan sifat qana’ah (merasa cukup). Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu ‘Abbas, meriwayatkan bahawa kehidupan yang baik itu adalah kebahagiaan.

2. Banyak mengingat Allah .
Dengan berzikir kita akan mendapat kelapangan dan ketenangan sekali gus bebas daripada rasa gelisah dan gundah gulana. Firman Allah:
“Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang hati itu.” (Ar-Ra’d: 28)

3. Bersandar dan bertawakkal kepada Allah.
Dengan cara ini seorang hamba akan memiliki kekuatan jiwa dan tidak mudah putus asa dan kecewa. Allah berfirman:
“Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya.” (Ath-Thalaq: 3)

4. Sentiasa berbuat baik dengan ikhlas.
Berbuat baik kepada makhluk dalam bentuk ucapan mahupun perbuatan dengan ikhlas dan mengharapkan pahala daripada Allah akan memberi ketenangan hati. Firman-Nya:
“Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh ( manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan di antara manusia. Barang siapa melakukan hal itu karena mengharapkan keredaan Allah, nescaya kelak Kami akan berikan padanya pahala yang besar.” (An-Nisa: 114)

5. Tidak panjang angan-angan tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam.
Fikir tetapi jangan khuatir. Jangan banyak berangan-angan terhadap masa depan yang belum pasti. Ini akan menimbulkan rasa gelisah oleh kesukaran yang belum tentu datang. Juga tidak terus meratapi kegagalan dan kepahitan masa lalu karena apa yang telah berlalu tidak mungkin dapat dikembalikan semula.
Rasulullah SAW bersabda: 
“Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagi mu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Bila menimpa mu sesuatu (dari perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata: “Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu,” akan tetapi katakanlah: “Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan,” karena sesungguhnya kalimat ‘seandainya’ itu membuka amalan syaitan.” (HR. Muslim)

6. Melihat “kelebihan” bukan kekurangan diri.
Lihatlah orang yang di bawah dari segi kehidupan dunia, misalnya dalam kurniaan rezeki karena dengan begitu kita tidak akan meremehkan nikmat Allah yang diberikan Allah kepada kita. 
Rasulullah SAW bersabda:
“Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu karena dengan (melihat ke bawah) lebih pantas untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

7. Jangan mengharapkan ucapan terima kasih manusia.
Ketika melakukan sesuatu kebaikan, jangan mengharapkan ucapan terima kasih ataupun balasan manusia. Berharaplah hanya kepada Allah. Kata bijak pandai, jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Malah ada di antara hukama berkata, “sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa!”. Firman Allah:
“Kami memberi makan kepada kalian hanyalah karena mengharap wajah Allah, kami tidak menginginkan dari kalian balasan dan tidak pula ucapan terima kasih.” (Al Insan: 9)

PETUA SENYUM UNTUK BAHAGIA
 

Mahu hidup bahagia, senyum setiap pagi. Maka jika seseorang itu benar-benar mahu membahagiakan kehidupan seseorang, bantulah ia agar tersenyum sendiri. Senyum dari hati, yang bukan dibuat-buat tanpa erti. Sebuah senyuman, sangat bermakna untuk orang lain. Belajarlah untuk senyum walaupun ketika dalam kesedihan dan duka, kerana ia amat membantu dan bermakna. "What goes around comes around". Jika kita membahagiakan seseorang, kita juga akan beroleh kebahagiaan.

Rasulullah juga senantiasa berwajah ceria, beliau pernah bersabda, "Janganlah terlalu membebani jiwamu dengan segala kesungguhan hati. Hiburlah dirimu dengan hal-hal yang ringan dan lucu, sebab bila hati terus dipaksakan memikul beban-beban yang berat, ia akan menjadi buta"

PETUA INGAT 2 LUPA 2

1.Ingatlah kebaikan orang kepada kita.
Selalulah ingat setiap kebaikan yang orang lakukan kepada kita. Ia menerbitkan rasa betapa bertuahnya diri sering menerima kebaikan itu. Namun dalam banyak-banyak pihak yang memberikan kebaikan, ingatlah kebaikan pihak yang paling berjasa kepada kita iaitu ALLAH.

2.Ingat keburukan dan kesalahan yang kita lakukan kepada manusia.
Kenang selalu kesilapan kita pada tutur kata dan tingkah laku, jangan mudah dipadam dan dibiarkan pergi tanpa ada pelajaran yang diambil darinya.

3.Lupakanlah kebaikan yang pernah kita lakukan kepada sesiapa.
Jangan diungkit-ungkit, jangan disebut-sebut. Apatah lagi dengan tujuan mahu menyakiti. Dan jangan sekali-kali diungkit ibadah kita kepada-Nya.

4.Lupakanlah keburukan dan kesalahan orang kepada kita.
Manusia yang paling tidak bahagia ialah manusia yang gagal memaafkan kesalahan orang terhadapnya. Berdendam siang dan malam, memikul beban sepanjang masa.

-----------------MISI MENCARI BAHAGIA
-----------------

W
alaupun panjang, tapi itulah hakikatnya, mencari bahagia bukan senang, tapi ia tidak susah jika ia diusahakan. Kebahagiaan itu perlu dicipta, bukan untuk ditunggu dan dinanti.



#Moga kita semua diberikan keredhaan-Nya serta keberkatan dan kebahagiaan di dunia & akhirat.


Jadilah orang yg suka membaca :)

INILAH BAHAGIA ~Ust Pahrol Mohamad Juoi~

DEMI SEBUAH BAHAGIA ~Ust Hasrizal Abdul Jamil

~Wassalamu'alaikum wbt~

Wednesday, March 31, 2010

~Salam Pembuka Bicara~

~|| Assalamu’alaikum wbt ||~
Salam Ukhuwwah, Salam Perkenalan.

Alhamdulillah,dgn izinNYA dapat juga saya berblog.
Sebenarnya sudah lama niat di hati ingin berblog, namun banyak halangan yg membantutkan niat itu.
Kawan-kawan pun dah ramai yg ada blog, jadi moga dengan blog ini dapatlah saya dan sahabat sekalian saling berhubung, berkongsi ilmu, merapatkan lagi silaturrahim dan ukhuwwah sesama kita,insyaallah.

"Membaca sangatlah mudah,tapi nak menulis sangatlah susah", my 1st impression. Tapi sebenarnya bila dah ada blog, idea yang datang memang banyak. Moga dengan berblog ini, dapatlah mengasah bakat menulis, siapa tahu saya ada bakat terpendam,he3...
Teringat pepatah Cina "Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama".
Jadi, mulalah bertatih sekarang, demi mencipta masa depan yg gemilang, walaupun lambat sedikit, hehe~

Tiada yg sempurna, tiada yg perfect, dalam hidup kita perlu saling melengkapi, itu sebab banyak kerja tak siap bila manusia ingin jadi perfectionist (teringat zaman muda2, hehe~)

Sebut pasal perfectionist, teringat satu pesanan Dr Lim, "Hidup di universiti ni, assignment banyak, jadi kena pandai letak prioriti, jadi yang utama ialah 'deadline' dan kualiti no 2. Ramai student bersifat perfectionist, nak bagi nampak assignment mereka "smart", so last2 assignment lambat siap dan hantar lepas 'deadline'. So, dapat la markah sama dengan yg "x smart", hasil mantap tapi hampeh, dah la banyak perkara terabai terutamanya study.
Oh,pedihnye, terkena batang hidungku (~.~")

Dengan adanya blog ini, harap dapat berkongsi ilmu dengan kawan2 sekalian, moga kita sama2 mendapat manfaat, setiap orang ada kelebihan tersendiri, so serlahkan diri anda bak kata SOLUSI 17~


More detail : SOLUSI 17
Kenali ~ EDITOR SOLUSI

Ini saja untuk 1st post, panjang sangat nanti boring pula, mudah-mudahan dipermudahkan untuk istiqamah dalam berblog dan moga diberi hidayah & petunjuk dalam hidup ini.

------------Doa & Harapan Ku----------------

Ya Allah,
Aku bersyukur di atas segala nikmat yang Engkau telah kurniakan kepadaku,
Kurniakan Hidayah dan RahmatMu kepadaku dan semua orang terutamanya keluargaku, guru2ku, sahabat2ku dan makhlukMu semuanya.
Kurniakan kami semua keredhaanMu Ya Allah.
Bantulah kami dalam beribadah dan mengamalkan perintahMu,

Ya Allah,
Ampunkan segala dosa kami, yang kami sedar, sengaja, tidak sengaja dan tidak sedar akan ia,
Peliharalah kami daripada melakukan dosa dan maksiat kepadaMu,
Sesungguhnya kami amat takut kepada KemurkaanMu dan azabMu,

Ya Allah,
Permudahkanlah kami semua dalam segala urusan kami di dunia dan di akhirat,
Tunjukkan kami jalan yang terbaik disisiMu dalam urusan kami,
Kurniakan kami kebahagiaan hidup di dunia dan juga di akhirat,
Sesungguhnya kami hanyalah merancang, engkaulah yg Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.

Ya Allah,
Kurniakan kepada kami kesihatan tubuh badan, penglihatan dan pendengaran yg baik dan sempurna,
Jauhkanlah diri kami semua daripada sebarang penyakit dan khianat makhluk2 Mu,
Sembuhkanlah segala penyakit yang ada dalam diri kami ini, penyakit fizikal, penyakit hati, penyakit mental dan juga penyakit rohani.

Ya Allah,
Limpahilah ke atas keluarga kami kasih sayang dan rahmah, kebahagiaan, ketenangan, keceriaan selalu,
Kurniakan juga kami isteri yang beriman, solehah, berilmu moga dapat memberikan kami kebahagiaan yg hakiki,
Juga boleh menjadi ibu yang terbaik, bakal melahirkan dan mendidik anak-anak kami menjadi insan yang terbilang, berkualiti dan bermanfaat untuk agama-Mu.
Dan jadikan daku insan yang terbaik untuk mendapat isteri yg terbaik itu, saling melengkapi antara satu sama lain.

Ya Allah,
Bantulah juga kami dalam pengajian kami,
Moga setiap apa yang kami pelajari bermanfaat buat kami semua dan orang lain.
Mudah-mudahan kami semua berjaya dengan cemerlang dalam pengajian kami.

Ya Allah,
Sesungguhnya hanya kepadaMu kami memohon dan mengharap,
Sesungguhnya kami ini hanyalah hambamu yg lemah lagi hina.
Sesungguhnya Engkau sebaik2 tempat pergantungan dan pengharapan.

----------------Amin Ya Rabbal 'Alamin----------------------

Wassalamualaikum wbt.
Interesting Post
 
~MyHOME~ | ~MyFLICKR~ | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ~Mencari Erti Hidup :: Toward Felicity In Life~ |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net | This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates